Tuesday 20 March 2012

Itulah manusia

Orang yang tidak berbuat apa-apa boleh berkata apa-apa sahaja. Dia nampak orang berniaga kecil-kecilan, dia kata, "Buat apalah berniaga tepi jalan, bila nak kaya?" . Dia lihat orang berlatih sukan, dia kata, "Setakat jaguh kampung bolehlah." Dia terserempak dengan orang yang menulis buku, dia kata, "Setakat buku picisan macam ni aku pun boleh buat." 

Hakikatnya dia tidak pernah berbuat apa-apa. Maka itu dia bebas berkata apa-apa sahaja. Jika dia berbuat perkara yang sama, dia akan berfikir banyak kali sebelum memberikan komen. Dia tahu susah payahnya merealisasikan sesuatu perkara.

Orang begini pastinya tidak akan ke mana-mana. Dia akan statik pada kedudukannya sebagai pemerhati dan pengkritik. Ramai sungguh orang yang menjadi penganalisa. Cakapnya pandai, hujahnya kadang-kadang bernas juga tetapi suatu apa pun tidak pernah terhasil olehnya. 

Kena lihat setiap sesuatu yang besar itu bermula daripada sesuatu yang kecil. Setiap yang lahir terus gagah, biasanya tidak bertahan lama. Kebanyakan orang kaya asalnya orang biasa. Pemimpin asalnya rakyat biasa. Seekor ayam asalnya sebutir telur. Seekor burung yang terbang tinggi di angkasa asalnya kecil, lemah dan tanpa sayap. Setiap hari ibu burung akan mencarikan makanan untuknya dan memasukkan makanan itu ke dalam mulutnya. Tiada seekor burung pun tiba-tiba lahir dan terus boleh terbang.
 

Orang yang tidak berbuat apa-apa memang boleh berkata apa-apa sahaja. Bercakap itu mudah maka itu ramai orang melakukannya. Apabila tiba masa untuk berbuat, selalu menyerah sebelum mencuba.
 Istimewanya mereka hanya pada, "Eleh, setakat macam tu, aku pun boleh," namun dia tidak pernah melakukannya. 


Itulah pelik dan anehnya sesetengah manusia. 

…………..

"Doktor, tolong saya. Sebiji kacang hijau masuk ke telinga saya," kata seorang pesakit. 

"Wah, ini sukar sekali. Perlu teliti mengeluarkannya, kalau tidak dalaman telinga awak boleh cedera."
 

"Apa susahnya doktor, sebiji kacang hijau je."
 

"Kalau begitu, awak masukkan air ke telinga, tunggu hingga ia tumbuh menjadi taugeh, senanglah awak cabut."
 

Orang yang tidak tahu apa-apa memang boleh berkata apa-apa sahaja.
 



Wednesday 14 March 2012

Cuci minda

Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : 
" Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psaikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. ”
sumber : artikel motivasi bertajuk "17 Petua Mencuci Hati" karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.


 Bismika Allaahumma ahyaa wa amuut 
Dengan nama Engkaulah ya Allah aku hidup dan aku mati

"selamat malam
moga kalian beroleh ketenangan dan dilindungi daripada kezaliman iblis dan manusia"


Sunday 11 March 2012

Nasihat SOCRATES kepada kaum lelaki..

lihat apa yang Socrates pesan kepada kaum lelaki..



gambar di "snap" sendiri
sumber : Kosmo edisi 10 Mac 2012

Thursday 8 March 2012

santai

Kisah si Opah

Bermulanya cerita pada suatu petang di sebuah taman permainan.

Opah 1 : hurmmmm… lamanya aku tak merasa main gelongsor tu.. buaian tu.. seronoknya budak-budak kecil tu main.. (monolog seorang opah berusia 70-an sambil membetulkan selempang kain yang terdapat di bahunya)
Opah 2 : hai Som… kau bercakap dengan sape?
Opah 1 : engko ni.. terkejut aku.. engko pun ade dekat sini ye Milah?
Opah 2 : saje aku makan angin kat sini.. bosan aku memerap aje dalam rumah tu, asyik meneman di hekal main PS2 aje, kadang-kadang aku pun ikot join.
Opah 1 : amboi kau milah, bukan main seronok kau dengan hekal main PS2 ye. Lain kali ajak le aku sekali ye!
Opah 2 : no problem..

…….……sunyi

………hanya kedengaran kanak-kanak bermain

……tiba-tiba

..

.
Opah 2 : Som Som….
Opah 1 : ye Milah..
Opah 2 : aku ni teruk betul sekarang Som. Cepat beno lupa. Kadang-kadang gigi palsu aku pun aku lupe letak dekat mana. Kesian aku dekat cucu aku tu, hekal, dia yang tolong aku carikan gigi palsu aku tu Som.
Opah 1 : kita dah tua Milah. Kalau nak di bandingkan dengan aku ni hah.. aku rasa aku lebih teruk. Aku ni, kalau aku turun atau naik tangga dan tiba-tiba berhenti aku dah tak ingat aku ni naik ke turun.
Opah 3 : apa lah kau berdua ni. Aku yang lebih tua dari kamu pun masih ok lagi.. (sampuk seorang lagi opah yang tiba-tiba muncul ke meja tempat opah 1 dan opah 2 sedang berborak)
Opah 1 : eh Senah… dimana ada kami ada jugak la engko menyelit ye..
Opah 3 : hahahahaha… kita kan kawan (ketawa sakan Opah 3 sambil tangan mengetuk-ngetuk meja. Entah apa yang melucukannya).

Tiba-tiba Opah 3 terdiam..

Opah 3 : eh kau dengar tak bunyi tadi.. siapa yang ketuk meja tadi??
Opah 1 & 2 : erm…. Dia lagi teruk rupanya..

.....

dalam bergelak, merehatkan minda saya tinggalkan sedikit ilmu yang mungkin baru untuk kita..gelaran opah bukan sahaja digunakan sebagai gelaran untuk nenek tetapi opah juga adalah nama bagi sejenis ikan lihat gambar di bawah :

                                                                         
                                       "Opah fish" atau juga dikenali "moon fish"


Monday 5 March 2012

Nenek mati 6 hari ditemui memasak


BEIJING: Seorang wanita China berusia 95 tahun yang disangka sudah mati mengejutkan jirannya apabila dia bangun semula enam hari selepas dia dimasukkan ke dalam keranda. Li Xiufeng ditemui tidak bergerak dan tidak bernafas oleh seorang jiran dua minggu selepas dia jatuh dan mengalami kecederaan di kepala di kediamannya di Beiliu, wilayah Guangxi. Apabila jiran yang menemuinya itu tidak dapat menyedarkan wanita itu, mereka menyangka dia sudah meninggal dunia.

Dia diletakkan di dalam keranda tanpa dikunci yang disimpan di kediamannya mengikut tradisi Cina, menanti saudara-mara dan teman rapat untuk memberi penghormatan terakhir. 
Namun, sehari sebelum pengebumian, jiran mendapati keranda itu kosong dan kemudiannya menjumpai wanita itu memasak di dapur.

Seorang jiran, Chen Qingwang, 60, yang mula-mula menemui Xiufeng berkata: “Dia tidak bangun, jadi saya datang untuk membangunkannya.

“Walau betapa kuat saya menggerakkan tubuh dan memanggil namanya, dia tidak memberi sebarang reaksi. “Saya dapat rasakan ada yang tak kena, jadi saya periksa nafasnya dan mendapati dia sudah tiada, tetapi tubuhnya ketika itu tidak sejuk. Disebabkan Xiufeng tinggal bersendirian, Qingwang dan anak lelakinya membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya.

Pada hari upacara pengebumiannya, anak lelaki Qingwang tiba di rumah Xiufeng dan mendapati mayatnya sudah hilang sebelum menemui dia sedang memasak. Wanita itu dilapor memberitahu penduduk kampung: “Saya tidur begitu lama. Selepas bangun, saya terasa begitu lapar dan mahu memasak sesuatu.

“Saya tolak penutup keranda itu. Saya mengambil masa begitu lama untuk berbuat demikian sebelum dapat keluar dari keranda itu.” - DM


sumber : harian metro online

memetik kembali ucapan nenek kepada penduduk kampung ,  “Saya tidur begitu lama. Selepas bangun, saya terasa begitu lapar dan mahu memasak sesuatu. "

Saturday 3 March 2012

Apa kata aku..

salam...
bila artikel sebegini di perlihatkan kepada penulis, jadi apa komen penulis ya? jom kita lihat... 


hah...eh.. eh betul ke? 


seksi ke?


ish... tak perlulah nak di persoalkan kejadian Tuhan. 
Bukankah Qada dan Qadar itu dah ditentukan

Jawapan untuk persoalan itu..

Assalamualaikum,
Sama-samalah kita renung dan hayati kisah di bawah.

Seorang pemuda bertanyakan soalan kepada seorang tua yang alim. Seraya lelaki tua yang alim itu menjawab, “akan ku jawab persoalan mu itu sedaya yang aku mampu”..

Si pemuda mengambil peluang untuk merungkai persoalan yang selama ini amat meresahkannya. Kusut kepalanya memikirkan hal tersebut. Tanya si pemuda dengan lantang..

“ Kalau benar Allah itu ada, tunjukkan padaku.... ”
“ Apa itu takdir....”
“ Kenapa syaitan di masukkan ke dalam neraka? Sedangkan syaitan dijadikan dari api.. Bukankah neraka itu dijadikan daripada api? Sudah tentu tidak meyakitkan syaitan jika ia di campakkan di sana.. unsurnya sama!  Tidakkah Allah berfikir tentang hal itu? ”

“ PAPPPP.....” lalu lelaki tua menampar si pemuda itu..

Si pemuda terpinga-pinga, lantas bertanya “ Kenapa kau menampar aku? Marahkah kau padaku? ”  

“ Bukan aku marah kepadamu tetapi itulah jawapan untuk soalan-soalanmu tadi..” jawab lelaki tua yang alim itu.

Pemuda itu masih keliru, tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh lelaki tua itu..

“ Wahai pemuda, apa yang kau rasa selepas aku menamparmu? ”

“ Sakit.... ” jawabnya ringkas sambil mengusap-usap pipinya.

Lantas lelaki tua yang alim itu bertanya, “ Kau percaya sakit itu ada? ”

“ Ya.. ” jawab si pemuda.

“ Jika benar kau percaya sakit itu ada, tunjukkan padaku ”, pinta si tua.

“ Tidak aku mampu. Tidak boleh aku tunjukkan padamu”,  akur si pemuda.

“ Maka, wahai orang muda itulah jawapan soalanmu tadi. Kita mampu rasakan kewujudan Allah namun tidak boleh melihatNya”.  

Terdiam pemuda itu.

Bertanya lagi lelaki tua kepada pemuda itu, “Adakah semalam ada kau bermimpi aku akan menamparmu?”

“ Tidak... ” jawabnya

“ Adakah tadi kau terfikir aku akan menamparmu? ” tanya si tua lagi.

“ Tidak... ” kata si pemuda.

“ Maka, itulah takdir. Ketentuan yang kita sendiri tidak tahu bila, apa yang akan berlaku pada diri kita.” jelas lelaki tua yang alim itu.

Si pemuda terdiam lagi. Tidak membantah.

“ Cuba lihat tanganku yang menampar pipi mu tadi, apa unsurnya? ” tanya lelaki tua yang alim itu lalu menghulurkan telapak tangannya minta dilihat.

“ Daging yang di selaputi kulit ” jawab pemuda itu.

“ Nah, rasakan pula pipimu ini. ” pinta lelaki tua itu sambil meletakkan telapak tangan pemuda itu kepipi yang di tampar tadi.

“ Tidakkah pipimu itu juga merupakan daging yang di selaputi kulit ? ” kata lelaki tua kepada pemuda itu.

“ Ya.. benar pipiku juga seperti telapak tanganmu. Daging yang diselaputi kulit.”

“ Bagaimana rasanya tamparan aku tadi”, tanya lelaki tua itu lagi.

“ Sakit... lalu pedih ”, jawab pemuda itu jujur.

“ Maka, terjawablah soalan terakhirmu tadi. Walaupun unsurnya sama, bila Allah mengkehendakinya maka terasa juga kesakitannya. Begitu juga tentang syaitan dan api neraka. Jika Allah mengkehendaki tempat itu menyakitkan maka sakitlah ia. Allah menyatakan Kun fa ya kun. Jadi, maka jadilah ia”.