Monday, 19 September 2011

Aku rindu mereka..

aku rindu..
pada siapa?
pada mereka..
siapa mereka?
mereka, murid-muridku..
ada apa dengan murid-muridmu?
mereka banyak mengajar aku..
hahaha.. gila!... bukankah kau cikgu? mengapa murid-murid yang mengajarmu?
ya! ketawalah kau sepuas-puasnya..
merekalah yang mengajar aku erti ketabahan, erti kesungguhan, erti keikhlasan
daripada mereka aku belajar erti kasih-sayang
mereka juga mengajar aku erti kesabaran
aku takut untuk kehilangan mereka
takut?? tapi kenapa?
ya aku takut, sangat takut.. aku takut erti kehidupan itu akan terhakis..
kau begitu obses pada murid-muridmu!
ya! kerna tanpa mereka siapalah aku..
ah.... kerjamu senang wahai guru. Kau bukannya doktor yang perlu risau akan nyawa pesakit-pesakitmu
kau juga bukan arkitek, juruterbang, akauntan
kerjaya yang tak mencabar! 
katalah apa sahaja.. itu hak kau.. tugasku 1000 dalam 1
kerjayaku kerjaya mulia..
cikgulah guru
dia jugalah sahabat
cikgulah pengasuh
cikgulah ibu bapa
cikgu jualah doktor
tugas kerani juga menjadi tugas guru
cikgulah perunding

kenapa kau berkata begitu?
aku belajar dari sebuah sajak
jika kau ingat pengarangnya menyusun bait-baitnya yang indah penuh bermakna
" Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat."

USMAN AWANG
1979

bukan niat aku mengungkit, cuma mengingatkan kita mereka dan sesiapa sahaja 
yang sudah lupa, pasti lupa, berusaha untuk melupakan, kian lupa dan pura-pura lupa
tanpa seorang guru yang mengajar kita tulis baca juga mengira, tidaklah kita sehebat hari ini..
berjaya nya kita bermula dengan insan yang dipanggil cikgu..
bukan aku riak atas kerjaya seorang guru..
tapi aku pernah lalui saat menjadi murid 
dan aku juga pernah lalui saat menjadi guru
kini... aku juga masih menjadi murid untuk menjadi guru

marah seorang guru tak bermakna benci, tapi marahnya tanda sayang

salam sayang, salam rindu dan salam ukhuwah buat murid-muridku
- cikgu lin-

Saturday, 17 September 2011

Dialog kami

salam... hai, menjengah lagi aku di sini.. terasa gatal tangan untuk menaip D'keyboard lagi.. tentang apa? tentang sebuah dialog yang sentiasa membuatkan aku tersenyum sendiri.. entry kali ni ada tajuk tak? Ada... aku pun bantai ja tajuk kali ni yang on the spot berlegar-legar di kepala.. aku namakan entry kali ni "DIALOG KAMI"..

tarikh : ingat-ingat lupa
hari : law aku ingat tarikh mesti aku ingat harinya (refer kalendar jugak)
masa : yang pasti sebelum malam
tahun : 2011
tempat : dia di tempatnya dan aku di tempatku
medium perantara : yahoo massenger

berikut adalah antara butiran dialog antara kami:

     Dia : duk mana?
     Aku : Perak.
     Dia : ooo ingat Kuching.
     Aku : aah Kuching tempat lahir.
     Dia : ooo ingat Kota Bharu.
     Aku : Kota Bharu tempat menetap.
     Dia : ooo ingat Seremban tadi.
     Aku : Seremban tempat berpraktikum.
              (belum sempat dia bertanya lagi)  Tanjong Malim tempat belajar.
     Dia :  ya dah tau.
     Aku : huh.......

...... dan panjang lagi dialog kami itu antara yang melekat di minda.. terdetik di hati aku selalu kenakan orang tapi sejak2 ni asyik aku ja yang terkena..

entry tanpa tajuk

Assalamualaikum wbth, selamat pagi dan semoga kehadiran hari ini memberi kebahagiaan dan ketenangan buat kalian. Tersentak dengan teguran seorang sahabat yang menyatakan aku malas untuk menulis begitu memberi kesan terhadap hatiku. Tiada kata yang mampu dikatakan kecuali mendengar, kerana terasa lemah dan tak berdaya nak menerangkan. Aku akui aku bukan seorang penulis yang suka menulis, tp hatiku sentiasa berkata-kata walaupun sukar untuk aku lahirkan pada perkataan.

Hampir seminggu aku di sini, di ladang ilmu yang sentiasa membuahkan hasil dan hanya perlu dipetik jika mahu. Begitu banyak pengalaman, kenangan, dugaan dan cabaran yang aku lalui dalam tempoh seminggu ini. Wah! hidup ini penuh dengan warna-warni. Pengalaman yang dikutip diharap dapat mematangkan diri aku sendiri, kenangan yang terukir akan aku ingat sampai mati, dugaan yang datang tidak sekali-kali melemahkan aku dan cabaran yang mendatang akan aku lalui.

Teringat aku pada kata-kata daripada seorang sahabat yang pada aku sungguh unik dan sukar untuk aku ramal, katanya aku seorang yang negatif suka fikir benda yang bukan-bukan.. Terasa diri ini sungguh lemah. Tak layak untuk menerima cabaran. Apa yang pasti kamu masih belum mengenali siapa sebenarnya aku.. Dia jugalah yang meninggalkan beribu-ribu persoalan dalam minda yang aku tak pasti dapat dirungkaikan atau tidak. huh....

Entry tanpa tajuk ni aku tulis bukan sekadar luahan tapi ingin membuktikan pada "dia" aku memang mahu terus menulis. 
gambar daripada pak cik google