sendiri..
bersama malam yang sunyi sepi..
cuma detik saat berbunyi..
kipas yang galak berpusing 'menyanyi-nyanyi'..
tetap bunyi yang sama.. sejak dari tadi..
cuba ku kuatkan ketukan jari pada papan kekunci..
nahhhh melodi berubah kini..
tapi malam tetap sunyi sepi..
kodok dan cengkerik dah bermimpi agaknya sejak tadi..
kenapa sukar mata dipejam malam ni..?
ngomelku sendiri...
aku sendiri tak pasti..
sudah ku cuba berkali-kali..
tetap tak menjadi..
lalu ku lakarkan situasi di sini..
sampai aku jemu dan mengantuk sendiri..
malam yang sunyi terbalut sepi..
jari makin asyik menari-nari..
papan kekunci makin galak menyanyi...
sedang yang lain dah dibuai mimpi...
namun aku masih disini..
ntah bila akan berhenti...
otak ligat mencurahkan kata-kata untuk ditaip oleh jari ni..
macam mana nak berhenti?
kalau dibaca menyakitkan hati...
hentikan saat dan ketika ini...
mungkin aku tak lama disini..
akan kuhentikan sekejap lagi...
terkesan.. terasa penat jari menari-nari..
melompat-lompat pada papan kekunci..
tapi....
daripada mata tak mampu untuk ku pejam lagi..
lebih baik aku teruskan penaipan ini..
lagi menyakitkan hati...
usah diteruskan pembacaan mu di sini...
pergi pergi... teruskan lenamu yang asyik tadi..
pergi pergi... dodoikan mata mu yang mamai sejak tadi..
aku akan tetap di sini..
kerana aku tak mampu hentikan lagi..
malam masih sepi...
aku tetap sendiri..
membawa situasi nyata lagi realitiku ke sini..
aku terpaksa mengalah untuk berlalu pergi..
mungkin akan ku luangkan masa lagi disini...
bila? masih tidak pasti..
kupejamkan mata...
bersama alunan yasin di telinga..
berharap lena datang walau sekejap cuma..
Wednesday, 13 June 2012
Sunday, 10 June 2012
taip D'keyboard edisi bumper
Masa
Masa cepat berlalu. Pantas berdetik tanpa mahu menunggu aku walau sesaat. Hari-hari yang dilalui ditempuhi dengan penuh semangat walau kekadang ada halangan dan kejutan yang tidak di duga. Alhamdulillah, itu semua kehendak-Nya. Siapa aku untuk menghalang aturan yang telah dicipta oleh-Nya. Anugerah yang diberi aku terima dengan penuh kesyukuran. Tidak kurang juga aku terus diuji dengan pelbagai ujian. Moga iman terus kukuh untuk aku terus mengharunginya.
Kekangan masa membuat aku akur akan lumrah putaran alam. Siang berganti malam. Malam beralih siang. Tetap pada aturan yang sama. Alhamdulillah. Matahari masih terbit di Timur dan terbenam di Barat. Bila siang masih diterangi cahaya, malam pula gelap gelita. Cuma kedengaran sang cengkerik menyanyi riang, kekadang sang kodok membunyikan drum namun tiada deraian hujan. Hari berganti hari, aku mulai rasa betapa ber²emas²nya masa dan semestinya perlu dihargai tanpa diabaikan. Setiap hari tanpa jemu aku berharap moga ada lagi hari esok dan hari-hari akan datang untuk aku lalui.
Abah
Ketukan jari di keyboard mulai perlahan, bukan alamat ketandusan kata-kata tapi… terasa sebak didada, nafas seakan tiada. Sang anak masih merintih dihati berdoa dan berdoa agar kesihatan ayahanda tercinta baik seperti sediakala. Dia, aku panggil abah.. garang dan tegas prinsipnya tak kurang senang untuk berbicara, kekadang gurauan penuh makna. Selesa jika betul-betul mengenalinya. Usia menjangkau 60 tahun membuatkan pesara tentera ini tak secergas dulu. Kini, abah sering sakit, luka di kaki kiri masih belum sembuh. Hanya bergantung pada ubat gamat emas dan healin. Puas kami adik beradik pujuk untuk ke hospital, tapi kecewa. Ajakan dan pelawaan ditolak sahaja dengan memberi harapan kepada kami, …²xpa, biar lah dulu, nanti lah dulu..² kami hampir putus asa. Hanya berdoa agar Allah permudahkan segalanya. Kesian mak, juga seperti kami puas memujuk. Tapi keputusan tetap sama. Ternyata abah juga degil dan takut ubat seperti aku. Teringatkan abah hati pasti sayu, menangis aku sendiri, berharap abah pasti akan sembuh nanti.
Sabar
Kehidupan yang dilalui mengajar aku erti sebuah kesabaran. Sabar menanti sesuatu yang pasti (mungkin). Masih sabar menanti agar ada perkongsian gembira untuk ku lakarkan disini. Apa?... sabarlah.. kerna aku juga sedang sabar menanti. Tiada apa yang nak dicoretkan terlalu banyak kerna aku takut untuk berbicara sesuatu yang belum pasti.
Jibam
Jibam tidak pernah menyesali nasib. Jibam juga tidak pernah mempersoalkan takdir. Biar sepanjang hayat akan disulam air mata darah, namun sekalipun Jibam tidak akan pernah menyesal kerana dia adalah wira di medan derita. Cuma kadangkala kehadiran Jibam mengganggu dan mengetuk pintu kerohanian. Membawa bahasa-bahasa Tuhan untuk mereka yang lalai daripada tafsir harfiah kitab-kitab suci. Maka pertempuran nafsu menjadi bertambah sengit hingga mengorbankan Suman si sufi yang tersembunyi. Namun siapa jua yang kasih kepada Jibam akan menemui rahsianya.. kerna Jibam bersuara di dalam asyiknya - Kalau kau menjadi aku, aku pasti kau mengerti.. (sinopsis novel Jibam karya Ujang).
Ni lah novel pertama yang aku baca seawal di bangku sekolah rendah. Novel tu aku peroleh di library sekolah semasa dalam proses menyiapkan NILAM. Namun, bahasa penulisannya sebenarnya amat tidak sesuai, agak kasar. Tapi bagi aku, cara penulisan yang jujur sebegitu sebenarnya memperlihatkan realiti dan hakikat sebuah kehiduapan yang cuba digarap dan dihasilkan oleh penulis agar kita sebagai pembaca merasai dan menjiwai cerita melalui setiap susunan perkataan tersebut. Hakikatnya perkataan itulah yang sering bermain di mulut sang manusia. Walaupun sudah berpuluh-puluh kali aku baca novel ini, aku tidak akan merasa puas kerna apa yang disampaikan penulis amat memberi kesan. Jibam cerita lumrah sebuah kehidupan.
kanan Jibam yang diphotostat
kiri Jibam yang original
-sebulan menyepi tanpa entri, harap ini bukan yang terakhir.. kekangan masa dengan aktiviti harian membataskan penulis ke sini..moga diberi kekuatan untuk menulis lagi-
Wednesday, 18 April 2012
Laman sosial dan buku
Laman sosial
Jika bercerita tentang facebook, pasti ramai diantara kita tahu akan "kehebatan" laman sosial ini. Mana taknya, budak-budak dibangku sekolah pun ada akaun facebook sendiri. Facebook atau dikenali FB telah menjadi suatu fenomena dunia pada hari ini. Fungsinya untuk menemukan kembali sahabat, kaum keluarga dan sesiapa sahaja yang dulunya pernah bersama kita selain menambah kenalan, dan bertujuan untuk mengetahui isu-isu terkini. Malah tak mustahil juga tempat meng'usya' diantara satu sama lain kan?... teringat pula kata seorang sahabat.. "FB tempat bertemu jodoh".. tersenyum sendiri dibuatnya, kesahihannya belum dapat saya pastikan..
Isu FB pada entri kali ini untuk berkongsi cerita dengan kalian semua tentang pengalaman saya berkenaan laman sosial ini. Saya mula mengenal laman sosial di internet pada tahun pertama di universiti. Semasa dibangku sekolah mana lah nak kenal benda-benda ni semua, apa yang saya tahu buka internet sekadar mencari maklumat tambahan dibantu oleh pak cik Google. Ok, sambung balik semasa berada pada tahun pertama di universiti, waktu-waktu petang selalunya kami (kawan-kawan serumah) berkumpul dimeja makan bercerita apa sahaja tentang isu semasa, berkongsi masalah, pengalaman, pembelajaran dan lain-lain. Seronok bila teringat balik suasana tu. Pasti ada sahaja perdebatan berlaku. Riuh rendah dibuatnya. Kadang-kadang jiran sebelah jelous dengan keriuhan kami tumpang sekaki, dibawanya bersama biskut dalam tin dan teh panas. alamak!... shhhhh sapa seorang jiran yang bertandang, "perlahan sikit wei.. nt felo pun naik sekali. tak cukup biskut ni nak hidang sekali", kahkahkah.. suasana yang tadinya kaget dengan kehadiran jiran yang tak diundang tiba-tiba riuh dengan tawa.
Suatu hari, bila kawan-kawan bercerita tentang friendster, myspace, youtube, dan hi5, tagged dan lain-lain saya tak dapat mencelah banyak.. kelu lidah. alaaaa.... apa la yang mereka borakkan ni. Saya hanya mendengar dan sesekali mencelah bertanyakan soalan bukan penerangan seperti sebelum ini. Masa tu barulah, tahu apa tu frienster, myspace, youtube dan hi5. Tidak lah pulak saya berminat untuk berdaftar sebagai salah satu penggunanya.. cuma sesekali melayan lagu di youtube dan mendownload video animasi proses geografi. kerana pada hemat saya, masa tu saya masih belum memerlukannya.
Sehinggalah pada tahun ketiga, saya mula berjinak-jinak dengan facebook. Kawan-kawan yang dulunya terpisah, ditemui di laman sosial ni. Obsesnya saya pada laman FB sejak mula menjadi petani di tikifarm.. pasti kalian tahu apa yang saya maksud kan?... uihhh... bila on ja lappy, benda pertama yang akan saya buka pastinya assignment yang mesti disiapkan, tapi...... yang paling saya goyah skit bila duk teringat sayur-sayuran diladang tak dituai lagi, sampah-sampah tak dikutip lagi, tanaman apa nak ditanam selepas ni.. masyaallah... begitu sekali kan?... xleh jadi ni, makin tak khusyuk dibuatnya, lalu diabaikan assignment dan kepentingan lebih kepada mainan di laman Fb tu. Bukan saja duk main tikifarm, kadang-kadang lepas satu-satu wall kawan-kawan di jelajah, tak terperasan lama lak masa dihabiskan kat situ. Masa lebih diberikan kepada FB berbanding rutin harian yang sewajarnya dahulukan. Budaya membaca yang dulunya sebati dengan saya mulai terhakis sedikit demi sedikit. Lalu suatu hari, saya mengambil keputusan mengnyahaktifkan akaun FB. alhamdulillah... hari demi hari rutin harian kembali normal. Tumpuan lebih diberikan kepada pelajaran. Mula ingat matlamat asal =)
Tahun keempat, ialah tahun terakhir saya di universiti. Alhamdulillah, minat membaca masih menebal dalam diri. Laporan tesis yang perlu saya siapkan memerlukan saya membuat penyelidikan dan dikukuhkan dengan teori dan fakta. Kalau nak diharapkan dengan kuliah sebelum ini dan rujukan lain, sememangnya tidak mencukupi, lalu alternatif lain dicari. Sumber daripada internet juga diambil sebelum ditapis sebaiknya. Sumber bacaan tambahan diperoleh daripada pembacaan hasil penulisan blogger seperti pensyarah, penulis buku dan penyelidik. Bermula daripada itulah saya mula mengenal blog. Lama-lama saya mulai tertarik untuk sama-sama menjadi penulis maya walaupun hasilnya blog saya ni tidaklah se'gah' blogger-blogger lain. Masih berusaha memperbaiki kelemahan. Hasilnya, taip D'keyboard blog yang saya miliki sekarang.
Kini, bila dah tamat pengajian di universiti, saya hidupkan kembali laman FB yang mengambil masa juga untuk saya fikir sama ada nak aktifkan kembali atau tidak. Lalu digagahkan jugak mengaktifkan kembali laman sosial tu tujuannya untuk mendapat info kawan-kawan tentang konvokesyen. Sejak mengaktifkan kembali laman sosial FB tu tidak la pulak seobses seperti dahulu.. alahai.... ada baik dan buruknya.. "jangan terlalu obses hinggakan benda yang penting diabaikan", tu yang selalu diingatkan pada diri sendiri..
Buku
Seperti yang telah saya nyatakan tadi minat membaca dah sebati dalam diri ni. Tak kira apa sahaja bahan berbentuk tulisan yang mudah untuk difahami dan akan di'baham' sepuas-puasnya. Bahan yang berbentuk ilmiah yang paling saya suka.. novel juga salah satu bacaan yang saya suka, yang utamanya novel thriller. Terbaru saya pasti ada diantara kalian juga sedang menunggu kehadiran "Sunan Musafir" karya Ramlee Awang Murshid. Sudi-sudi la menjengah di laman sesawang http://www.kelabram.com, dapat buat tempahan awal bagi yang tidak sabar macam saya ni (iklan pulak ye..).. Bukan saya tak minat dengan novel cinta tapi lambat untuk saya habiskan mungkin berminggu-minggu atau berbulan-bulan.
Insyaallah entri akan datang saya akan kongsikan dengan kalian novel pertama yang saya baca. Terima kasih, sudi membaca entri pertama bulan ini.
Tuesday, 20 March 2012
Itulah manusia
Orang yang tidak berbuat apa-apa boleh berkata apa-apa sahaja. Dia nampak orang berniaga kecil-kecilan, dia kata, "Buat apalah berniaga tepi jalan, bila nak kaya?" . Dia lihat orang berlatih sukan, dia kata, "Setakat jaguh kampung bolehlah." Dia terserempak dengan orang yang menulis buku, dia kata, "Setakat buku picisan macam ni aku pun boleh buat."
Hakikatnya dia tidak pernah berbuat apa-apa. Maka itu dia bebas berkata apa-apa sahaja. Jika dia berbuat perkara yang sama, dia akan berfikir banyak kali sebelum memberikan komen. Dia tahu susah payahnya merealisasikan sesuatu perkara.
Orang begini pastinya tidak akan ke mana-mana. Dia akan statik pada kedudukannya sebagai pemerhati dan pengkritik. Ramai sungguh orang yang menjadi penganalisa. Cakapnya pandai, hujahnya kadang-kadang bernas juga tetapi suatu apa pun tidak pernah terhasil olehnya.
Kena lihat setiap sesuatu yang besar itu bermula daripada sesuatu yang kecil. Setiap yang lahir terus gagah, biasanya tidak bertahan lama. Kebanyakan orang kaya asalnya orang biasa. Pemimpin asalnya rakyat biasa. Seekor ayam asalnya sebutir telur. Seekor burung yang terbang tinggi di angkasa asalnya kecil, lemah dan tanpa sayap. Setiap hari ibu burung akan mencarikan makanan untuknya dan memasukkan makanan itu ke dalam mulutnya. Tiada seekor burung pun tiba-tiba lahir dan terus boleh terbang.
Orang yang tidak berbuat apa-apa memang boleh berkata apa-apa sahaja. Bercakap itu mudah maka itu ramai orang melakukannya. Apabila tiba masa untuk berbuat, selalu menyerah sebelum mencuba. Istimewanya mereka hanya pada, "Eleh, setakat macam tu, aku pun boleh," namun dia tidak pernah melakukannya.
Itulah pelik dan anehnya sesetengah manusia.
…………..
"Doktor, tolong saya. Sebiji kacang hijau masuk ke telinga saya," kata seorang pesakit.
"Wah, ini sukar sekali. Perlu teliti mengeluarkannya, kalau tidak dalaman telinga awak boleh cedera."
"Apa susahnya doktor, sebiji kacang hijau je."
"Kalau begitu, awak masukkan air ke telinga, tunggu hingga ia tumbuh menjadi taugeh, senanglah awak cabut."
Orang yang tidak tahu apa-apa memang boleh berkata apa-apa sahaja.
"Wah, ini sukar sekali. Perlu teliti mengeluarkannya, kalau tidak dalaman telinga awak boleh cedera."
"Apa susahnya doktor, sebiji kacang hijau je."
"Kalau begitu, awak masukkan air ke telinga, tunggu hingga ia tumbuh menjadi taugeh, senanglah awak cabut."
Orang yang tidak tahu apa-apa memang boleh berkata apa-apa sahaja.
Wednesday, 14 March 2012
Cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati :
" Ya Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian psaikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. ”
sumber : artikel motivasi bertajuk "17 Petua Mencuci Hati" karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.
Dengan nama Engkaulah ya Allah aku hidup dan aku mati
"selamat malam
moga kalian beroleh ketenangan dan dilindungi daripada kezaliman iblis dan manusia"
Sunday, 11 March 2012
Nasihat SOCRATES kepada kaum lelaki..
lihat apa yang Socrates pesan kepada kaum lelaki..
gambar di "snap" sendiri
sumber : Kosmo edisi 10 Mac 2012
Thursday, 8 March 2012
santai
Kisah si Opah
Bermulanya cerita pada suatu petang di sebuah taman permainan.
Opah 1 : hurmmmm… lamanya aku tak merasa main gelongsor tu.. buaian tu.. seronoknya budak-budak kecil tu main.. (monolog seorang opah berusia 70-an sambil membetulkan selempang kain yang terdapat di bahunya)
Opah 2 : hai Som… kau bercakap dengan sape?
Opah 1 : engko ni.. terkejut aku.. engko pun ade dekat sini ye Milah?
Opah 2 : saje aku makan angin kat sini.. bosan aku memerap aje dalam rumah tu, asyik meneman di hekal main PS2 aje, kadang-kadang aku pun ikot join.
Opah 1 : amboi kau milah, bukan main seronok kau dengan hekal main PS2 ye. Lain kali ajak le aku sekali ye!
Opah 2 : no problem..
…….……sunyi
………hanya kedengaran kanak-kanak bermain
……tiba-tiba
..
.
Opah 2 : Som Som….
Opah 1 : ye Milah..
Opah 2 : aku ni teruk betul sekarang Som. Cepat beno lupa. Kadang-kadang gigi palsu aku pun aku lupe letak dekat mana. Kesian aku dekat cucu aku tu, hekal, dia yang tolong aku carikan gigi palsu aku tu Som.
Opah 1 : kita dah tua Milah. Kalau nak di bandingkan dengan aku ni hah.. aku rasa aku lebih teruk. Aku ni, kalau aku turun atau naik tangga dan tiba-tiba berhenti aku dah tak ingat aku ni naik ke turun.
Opah 3 : apa lah kau berdua ni. Aku yang lebih tua dari kamu pun masih ok lagi.. (sampuk seorang lagi opah yang tiba-tiba muncul ke meja tempat opah 1 dan opah 2 sedang berborak)
Opah 1 : eh Senah… dimana ada kami ada jugak la engko menyelit ye..
Opah 3 : hahahahaha… kita kan kawan (ketawa sakan Opah 3 sambil tangan mengetuk-ngetuk meja. Entah apa yang melucukannya).
Tiba-tiba Opah 3 terdiam..
Opah 3 : eh kau dengar tak bunyi tadi.. siapa yang ketuk meja tadi??
Opah 1 & 2 : erm…. Dia lagi teruk rupanya..
.....
dalam bergelak, merehatkan minda saya tinggalkan sedikit ilmu yang mungkin baru untuk kita..gelaran opah bukan sahaja digunakan sebagai gelaran untuk nenek tetapi opah juga adalah nama bagi sejenis ikan lihat gambar di bawah :
"Opah fish" atau juga dikenali "moon fish"
Subscribe to:
Posts (Atom)



