Wednesday, 18 April 2012

Laman sosial dan buku



Laman sosial


Jika bercerita tentang facebook, pasti ramai diantara kita tahu akan "kehebatan" laman sosial ini. Mana taknya, budak-budak dibangku sekolah pun ada akaun facebook sendiri. Facebook atau dikenali FB telah menjadi suatu fenomena dunia pada hari ini. Fungsinya untuk menemukan kembali sahabat, kaum keluarga dan sesiapa sahaja yang dulunya pernah bersama kita selain menambah kenalan, dan bertujuan untuk mengetahui isu-isu terkini. Malah tak mustahil juga tempat meng'usya' diantara satu sama lain kan?... teringat pula kata seorang sahabat.. "FB tempat bertemu jodoh".. tersenyum sendiri dibuatnya, kesahihannya belum dapat saya pastikan..


Isu FB pada entri kali ini untuk berkongsi cerita dengan kalian semua tentang pengalaman saya berkenaan laman sosial ini. Saya mula mengenal laman sosial di internet pada tahun pertama di universiti. Semasa dibangku sekolah mana lah nak kenal benda-benda ni semua, apa yang saya tahu buka internet sekadar mencari maklumat tambahan dibantu oleh pak cik Google. Ok, sambung balik semasa berada pada tahun pertama di universiti, waktu-waktu petang selalunya kami (kawan-kawan serumah) berkumpul dimeja makan bercerita apa sahaja tentang isu semasa, berkongsi masalah, pengalaman, pembelajaran dan lain-lain. Seronok bila teringat balik suasana tu. Pasti ada sahaja perdebatan berlaku. Riuh rendah dibuatnya. Kadang-kadang jiran sebelah jelous dengan keriuhan kami tumpang sekaki, dibawanya bersama biskut dalam tin dan teh panas. alamak!... shhhhh sapa seorang jiran yang bertandang, "perlahan sikit wei.. nt felo pun naik sekali. tak cukup biskut ni nak hidang sekali", kahkahkah.. suasana yang tadinya kaget dengan kehadiran jiran yang tak diundang tiba-tiba riuh dengan tawa.


Suatu hari, bila kawan-kawan bercerita tentang friendster, myspace, youtube, dan hi5, tagged dan lain-lain saya tak dapat mencelah banyak.. kelu lidah. alaaaa.... apa la yang mereka borakkan ni. Saya hanya mendengar dan sesekali mencelah bertanyakan soalan bukan penerangan seperti sebelum ini. Masa tu barulah, tahu apa tu frienster, myspace, youtube dan hi5. Tidak lah pulak saya berminat untuk berdaftar sebagai salah satu penggunanya.. cuma sesekali melayan lagu di youtube dan mendownload video animasi proses geografi. kerana pada hemat saya, masa tu saya masih belum memerlukannya. 


Sehinggalah pada tahun ketiga, saya mula berjinak-jinak dengan facebook. Kawan-kawan yang dulunya terpisah, ditemui di laman sosial ni. Obsesnya saya pada laman FB sejak mula menjadi petani di tikifarm.. pasti kalian tahu apa yang saya maksud kan?... uihhh... bila on ja lappy, benda pertama yang akan saya buka pastinya assignment yang mesti disiapkan, tapi...... yang paling saya goyah skit bila duk teringat sayur-sayuran diladang tak dituai lagi, sampah-sampah tak dikutip lagi, tanaman apa nak ditanam selepas ni.. masyaallah... begitu sekali kan?... xleh jadi ni, makin tak khusyuk dibuatnya, lalu diabaikan assignment dan kepentingan lebih kepada mainan di laman Fb tu. Bukan saja duk main tikifarm, kadang-kadang lepas satu-satu wall kawan-kawan di jelajah, tak terperasan lama lak masa dihabiskan kat situ. Masa lebih diberikan kepada FB berbanding rutin harian yang sewajarnya dahulukan. Budaya membaca yang dulunya sebati dengan saya mulai terhakis sedikit demi sedikit. Lalu suatu hari, saya mengambil keputusan mengnyahaktifkan akaun FB. alhamdulillah... hari demi hari rutin harian kembali normal. Tumpuan lebih diberikan kepada pelajaran. Mula ingat matlamat asal =)


Tahun keempat, ialah tahun terakhir saya di universiti. Alhamdulillah, minat membaca masih menebal dalam diri. Laporan tesis yang perlu saya siapkan memerlukan saya membuat penyelidikan dan dikukuhkan dengan teori dan fakta. Kalau nak diharapkan dengan kuliah sebelum ini dan rujukan lain, sememangnya tidak mencukupi, lalu alternatif lain dicari. Sumber daripada internet juga diambil sebelum ditapis sebaiknya. Sumber bacaan tambahan diperoleh daripada pembacaan hasil penulisan blogger seperti pensyarah, penulis buku dan penyelidik. Bermula daripada itulah saya mula mengenal blog. Lama-lama saya mulai tertarik untuk sama-sama menjadi penulis maya walaupun hasilnya blog saya ni tidaklah se'gah' blogger-blogger lain. Masih berusaha memperbaiki kelemahan. Hasilnya, taip D'keyboard blog yang saya miliki sekarang. 


Kini, bila dah tamat pengajian di universiti, saya hidupkan kembali laman FB yang mengambil masa juga untuk saya fikir sama ada nak aktifkan kembali atau tidak. Lalu digagahkan jugak mengaktifkan kembali laman sosial tu tujuannya untuk mendapat info kawan-kawan tentang konvokesyen. Sejak mengaktifkan kembali laman sosial FB tu tidak la pulak seobses seperti dahulu.. alahai.... ada baik dan buruknya.. "jangan terlalu obses hinggakan benda yang penting diabaikan", tu yang selalu diingatkan pada diri sendiri..


Buku


Seperti yang telah saya nyatakan tadi minat membaca dah sebati dalam diri ni. Tak kira apa sahaja bahan berbentuk tulisan yang mudah untuk difahami dan akan di'baham' sepuas-puasnya. Bahan yang berbentuk ilmiah yang paling saya suka.. novel juga salah satu bacaan yang saya suka, yang utamanya novel thriller. Terbaru saya pasti ada diantara kalian juga sedang menunggu kehadiran "Sunan Musafir" karya Ramlee Awang Murshid. Sudi-sudi la menjengah di laman sesawang http://www.kelabram.com, dapat buat tempahan awal bagi yang tidak sabar macam saya ni (iklan pulak ye..).. Bukan saya tak minat dengan novel cinta tapi lambat untuk saya habiskan mungkin berminggu-minggu atau berbulan-bulan. 


Insyaallah entri akan datang saya akan kongsikan dengan kalian novel pertama yang saya baca. Terima kasih, sudi membaca entri pertama bulan ini.