Friday 30 December 2011

Baki dalam akaun RM 50,000

Semalam ke pekan.. saja nak ronda-ronda. Bosan duk kat umah sorg2.. alang-alang dah ronda rasanya elok lah beli sedikit barang.. Sambil-sambil jalan, pegang tu pegang ni tengok tu tengok ni, otak tengah ligat berfikir apa lagi barang keperluan yang tak ada.. syampu? Sabun mandi? Sabun basuh? Ubat gigi? Pencuci muka? Bla… bla… bla…. Hmmmm cukup-cukup.. lagipun xlama pun duk kat sini.. abis exam dah leh pulang dengan gumbira.. jadi misi lepas ni beli barang kehendak la jawabnya..

Cup… bukak purse sat…. nape susah sangat nak bukak nih.. biasa la purse dah lama, nak kena ganti purse baru la nih (alasan nak kan barang kehendak)… sekeping kertas ditarik keluar… membelek-belek ruang-ruang dalam purse kot-kot ada lagi kertas-kertas yang berharga… uihhhhh satu ni ja?? Lima ring gettt (buat muka sedih) dibelek-belek kertas bernilai kaler ijo itu.. nasib baik signature zeti akhtar aziz ada.. boleh guna la ni.. tu ja ada baki tambang teksi tadi.. Alhamdulillah tu ja ada.. xpa sat g p godek2 mesin atm.. mana taw kua sejuta dua.. MELAMPAU..
…..
….
5 minit kemudian, di BSN..
Mak aiii, ramainya beratur…. Buat apa nih (buat-buat tanya persis soalan kpd mak kiah yg baru belajar buat chesse kek.. ok tak ada kaitan.. (‘.’) v …..

Hati tak sabar.. gelojoh ase nak potong Q..
...
...

... yay giliran aku...

masukkan kad atm.. sambil tunggu, ketuk-ketuk jari di mesin.. masuk no pin... orang belakang terjenguk2 da mcm zirafah dah ... aiiii dik intai-intai nampak.. xpa sat g akak bg no pin.. jgn isaw..
hmmmm.... keluarkan ke.. semak dulu... hmmmm... ok tit PERTANYAAN BAKI...

baki akaun : RM 50,000

hah senyummmmmmmmmm..... 
alhamdulillah rezeki..
tit... membatalkan servis... 
tunaikan janji tadi..(nah dik no pin ******)
....
...
...
Deringan talipon kedengaran... bingit telinga..  terus diangkat..

            Orang di sana : hello..
            Aku : ya... malas2... (dalam hati eeee kaco tol la)
            Orang di sana : wei... tak bangun lagi ka?
            Aku : eh? Kol brapa da?
            Orang di sana : 8 pagi waktu malaysia..
            Aku : ok...  talian dimatikan, tanpa tanya apa tujuannya.... (heh -.-)

nota : eh... bukan ka tadi aku kat bank???? Huh yang indah semuanya MIMPI.. duit RM 50,000 tu??? 

moral : 1. jgn tdo lepas subuh.. 2. jgn kol aku time aku ngah mamai (kesian, apa yang pemanggil tu nak bgtaw aku ek??) 


gambar xda kaitan dengan cerita di atas 

pesanan penaja : penggunaan bahasa di atas adalah tidak sesuai untuk di praktikkan dalam urusan rasmi.. sila guna bahasa standard yang betul.. harap maklum

Thursday 29 December 2011

La tahzan

La tahzan... 
jangan menangis atas segala ujian dan dugaan yang datang..
kadang-kadang Allah menghilangkan seketika matahari, lalu Allah turunkan hujan beserta angin yang kencang, ditukarkan awan yang cerah menjadi hitam.. bukan itu tanda Allah tak sayang..kita menangis mencari mana hilangnya matahari.. rupa-rupanya Allah ingin kurniakan kita pelangi.

Tuesday 27 December 2011

Semangat

Lama tak meng”update”.. godek2 dalam draft box , keluarkan satu entri…
Nah.. ambillah pengajaran.. bukan hanya untuk kalian tapi untuk saya juga (“,

Semangat.. aura.. power.. spirit.. geist.. ruh.. ispirtu.. semuanya membawa erti kekuatan yang perlu ada pada kita.. bak kata pujangga “Semangat umpama layar dalam sebuah perjalanan kehidupan, tanpa semangat yang berlandaskan iman…. kehidupan seperti perahu yang tiada haluan”..

Tiupkan semangat dalam diri..
Bukan umpama tiup lilin pada hari jadi..
Berhenti  bila api terpadam..
Tapi, tiuplah sehingga api kembali menjadi..
Suntikkan semangat dalam hati..
Boleh jadi seperti suntikan jarum BCG..
Sakit yang sementara tapi kesannya kekal lama..
Bakarlah semangat setiap hari..
Bukan seperti bakar sampah yang tak berguna lagi..
Asap yang entah kemana, sisa hitam yang jadi ganti..




Bangun pagi gosok gigi..
Jangan lupa terus mandi..
Tak kira apa takdir hari ini..
Yang pasti tetapkan matlamat kuatkan semangat dalam diri..

Buai laju-laju..
Sampai pohon ara..
Tetapkan matlamat yang ingin dituju..
Insyaallah kita kan berjaya..


                                                            orang berani sanggup buat apa sahaja.. 

                                           berbekalkan semangat yang ada usah hirau apa orang nak kata..

Wednesday 7 December 2011

cekal




bersabar..
hanya untuk sedikit masa lagi..

ni ja yang sempat untuk diupdate
....


satu yang menggambarkan semua

Friday 2 December 2011

sonrisa

sonrisa....
senyumlah.... walau kamu terpaksa untuk senyum
senyumlah... jika busuk itu cacian untukmu
senyumlah.... walau tiada lagi bersisa gigimu
senyumlah..... walaupun siapa pun dirimu
senyumlah.... walau masalah tetap mengelilingimu
senyumlah.... kerana kebahagiaan milikmu

&


senyumlah... walau dengan apa cara sekalipun

kerana...

senyum itu kan sedekah...


* sonrisa tujuh huruf daripada perkataan spanish yang bermaksud senyum.. =)

Sunday 13 November 2011

BFTS

Salam…

Kali ini saya akan sambung berkenaan entri yang lepas iaitu “pesanan kepada adik-adik”.. tapi entri kali ini lebih berfokus kepada cara mudah untuk mengingat. Fomula cukup mudah, BFTS (baca + faham + tulis + sebut). Melalui pengalaman lampau (masa sekolah dulu) saya mengaplikasikan formula ni untuk subjek2 yang memerlukan penghafalan untuk mengingat sesuatu fakta, hasilnya Alhamdulillah dan masih mengaplikasinya di alam universiti.. namun semua ini bergantung kepada individu itu sendiri.. apa yang penting cipta suasana pembelajaran anda sendiri, dan jadikan pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokan..

Beralih kepada formula BFTS itu tadi, apa yang saya lakukan untuk mengingat sesuatu fakta ialah dengan membaca secara keseluruhan topik tersebut.. tandakan isi penting.. kemudian cuba faham apa yang ingin disampaikan.. kalau tak faham jugak, baca sekali lagi.. ingat! Suasana persekitaran turut mempengaruhi tahap kefahaman pembacaan anda. Oleh itu cari masa yang sesuai, tempat yang tenang dan persekitaran yang teratur untuk memperoleh tahap “kefokusan” yang maksimum.

Kemudian, setelah anda faham apa yang dibaca itu tadi beralih kepada langkah seterusnya iaitu menulis kembali apa yang anda baca.. ingat untuk menulis kembali ada caranya iaitu tulis mengikut kefahaman BUKAN tulis semula ayat demi ayat. Seterusnya cuba mininumkan perkataan yakni menggunakan “short form” atau singkatan perkataan dan lukisan (ilustrasi). Keluarkan isi-isi penting sahaja, bentuk penulisan pula sama ada dalam bentuk carta, peta minda, jadual dll (gunakan pen yang pelbagai warna).

Seterusnya, anda perlu melakukan pembacaan yang kedua iaitu dengan menyebut atau membaca kembali apa yang anda tulis tadi (carta,peta minda,jadual dll)..

 



PASTIKAN ANDA BETUL-BETUL FAHAM SEBELUM MELAKUKAN PENTERJEMAHAN SEMULA DALAM BENTUK PETA MINDA DLL & LAKUKAN SEMAKAN DENGAN TEKS ASAL UNTUK SEBARANG PEMBETULAN

Ringkasan:

Baca = tandakan/gariskan/hightlight isi penting

Faham = aktifkan minda untuk memahami apa yang ingin disampaikan dalam teks / duduk dalam suasana pembelajaran yang kondusif

Tulis = terjemahan semula apa yang difahami/keluarkan isi penting/bina carta, peta minda, jadual dll menggunakan gambar/short form dan pen yang berlainan warna

Sebut = sebut / baca kembali hasil daripada ringkasan teks (carta, peta minda, jadual dll)



 STUDY HARD or STUDY SMART?? 

semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada kalian.. good luck!

Wednesday 9 November 2011

Pesanan kepada adik-adik

Salam ukhuwah dan rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan salam aidiladha.. semoga kalian dalam rahmat dan lindungan illahi, Allah SWT. 

Entri kali ni, saya nak kongsi tips kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM & STPM, semoga apa yang ingin dikongsikan ini dapat sedikit sebanyak membantu kalian. 

     1) Baca, faham, tulis, sebut (akan dijelaskan dengan lebih terperinci pada entri 
         akan datang)
     2) Kongsi ilmu kepada rakan-rakan lain (insyaallah kalian akan lebih memahami 
         apa yang dipelajari, jgn KEDEKUT)
     3) Teruskan study group (manfaatkan masa yang ada dengan melakukan 
         perbincangan terhadap latihan-latihan atau tajuk-tajuk yang sukar difahami)
     4) Lakukan latihan dalam bentuk topikal seteruanya soalan exam tahun-tahun 
         lepas
     5) Jika anda masih lagi meneruskan study group, lantik dalam kalangan rakan-
         rakan anda sebagai "guru muda". Tugasnya mudah, iaitu memberi penjelasan 
         terhadap sub-sub tajuk yang tidak difahami.
     6) Belajar secara berterusan yakni tetapkan masa ikut kesesuaian diri sendiri 
         (walaupun masa yang anda tetapkan dalam sehari itu hanya 1-2 jam pastikan 
         pada masa tersebut anda betul-betul fokus dan "MASTER" tajuk tersebut") 
     7) Sentiasa dalam keadaan berwuduk, mulakan dengan bismillah dan doa 
         penerang hati serta selawat keatas nabi. Mulakan study.
     8) TOPUP SOLAT  + DOUBLE SPECIAL AMALAN  = solat wajib 5 waktu + solat 
         hajat + solat taubat + doa + zikir + mengaji al quran + bacaan yasin setiap 
         malam
     9) Sentiasa bersedia (alat tulis termasuk jangka lukis, jangka sudut, 
         kalkulator dll jika perlu, ic, dan slip exam)
    10) ALERT DENGAN JADUAL EXAM
    11) Mintak restu ilmu daripada guru-guru dan ibu bapa
    
INGAT! 
TIADA SESIAPA YANG AKAN MENGUBAH DIRI ANDA KECUALI ANDA SENDIRI.. 

selamat menduduki peperiksaan!


Saturday 29 October 2011

Bauan wangi rangsang otak

salam...


Entri kali ni saya nak kongsi dengan kalian semua tentang tips belajar. Salah satunya adalah dengan menggunakan wangian. Pelik? tidak KERANA  menggunakan bau-bauan yang wangi mampu untuk merangsang kedua-dua belah otak. Bau-bauan wangi juga dapat merangsang serta meningkatkan daya ingatan ketika belajar. Tak percaya cuba ubah gaya pembelajaran anda, lihat bagaimana keadaannya jika anda memakai wangian semasa belajar dan buat perbandingan semasa anda tidak memakai wangian. Nah lihatlah buktinya, dalam suasana persekitaran yang busuk, hanyir, atau sebarang bau yang TIDAK MENYENANGKAN, mampukah anda belajar dan fokus dengan sesuatu pekerjaan dengan baik? setuju? 


Hatta, perkara ini bukan sahaja boleh dilakukan oleh individu yang bergelar pelajar malah pada sesiapa sahaja yang ingin fokus dalam sesuatu perkara misalnya pekerja yang bekerja di 'opis', penulis, malah sesiapa sahaja. Bau-bauan wangian bukan sahaja diperoleh daripada "perfume" malah udara yang bersih dan segar juga membawa wangian daripada tumbuh-tumbuhan.


tips lain, bukalah tingkap supaya udara segar mengalir masuk ke dalam bilik anda letakkan wangi-wangian di hadapan pengaliran udara pendingin hawa. Insyaallah, anda akan lebih segar, bersemangat, fokus dan dapat merangsang minda.. 


nota : semoga eksperimen anda berjaya! tips ini diperoleh hasil daripada pembacaan saya di dalam sebuah buku karya Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah "Petua Pelajar Cemerlang". Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua.

Tuesday 25 October 2011

Seronoknya belajar

salam...

Sedikit perkongsian ilmu untuk kalian dan diharap entri kali ini dapat membuka mata dan hati pembaca sekalian.Melihat kepada tajuk entri kali ni " seronoknya belajar " mungkin sedikit sebanyak telah membuka lembaran memori kalian tatkala di bangku sekolah dahulu, atau mungkin di alam kampus yang penuh dengan "life-life yang tersendiri"..


Seronoknya belajar? kenapa tajuk ini dipilih? jawapannya sangat mudah.. sebab saya merasakan belajar itu seronok. Menimba ilmu baru, dan belajar daripada kesilapan. Berpenat lelah menyiapkan tugasan, berlumba-lumba mencari buku-buku di library, menyiapkan nota, nota ringkas dan bersengkang mata menyiapkan tugasan.. Menarik bukan? dan yang pasti mengujakan bila dah submit assignment! wahhhhh.... lega yang teramat-amat lega. Apatah lagi bila tengok result exam semuanya A's. Berbaloi tak?

Apa seronoknya belajar? memenatkan apatah lagi membosankan? Mungkin ini yang akan dikatakan oleh sesiapa saja yang "mungkin" tidak suka belajar. Tapi hakikat yang sebenarnya sejak dari lahir hinggalah kita mati kita sebenarnya masih belajar. Belajar bukan bermakna berada di bilik darjah mahupun dewan kuliah sambil mendengar pengajaran guru dan pensyarah. Lumrahnya, kehidupan juga mengajar kita untuk belajar. Belajar sesuatu yang baru daripada pengalaman orang lain atau dari sesuatu situasi yang berlaku. Unik.. So setuju tak jika saya cakap kehidupan adalah proses belajar setiap insan.

Kalian juga mesti pernah alami situasi macam saya. Apa? Nah, ingat lagi tak? Kalian juga pernah menconteng buku nota tatkala bosan, mengusik rakan bila jemu, berborak sakan dan bersembang riang bila ketiadaan guru. Betul bukan? so thats normal la..

Entri ini tidak akan berakhir di sini, ada lagi perkongsian yang ingin saya kongsikan bersama kalian. Saya tinggalkan kalian bersama-sama kenangan belajar waktu dulu untuk diingat kembali. Senyuman dan tangisan itu hanya kalian yang tahu =)

Monday 24 October 2011

Kisah Cinta Meon & Limah

Meon, jejaka kampong yang rajin bercucuk tanam. Diusahakan tanah milik ibubapanya dengan pelbagai hasil tanaman. Semua tanaman yang diusahakan menjadi. Lebih daripada cukup untuk kegunaan dapur keluarganya. Hasil tanaman yang lebih dijual kepada penduduk halamannya ; Kampong Durian Tak Berduri. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, hasil tanamannya menjadi-jadi. Meon mampu tersenyum riang apabila hasil jualan dan tabungan meningkat. “Dapatlah aku pinang Limah nanti”, bisik Meon sendirian. Dalam angan-angan terbayang wajah pujaan hati Limah Cengkih.

*********
Limah, seorang gadis pingitan dari “kampong Pokok Langsat Tak Berbuah” ; anak tunggal Pak Jacob dan Mak Merry. Gadis kampong ni pandai memasak. Pernah terdetik dihatinya untuk mencari pekerjaan di restoran mahupun kedai makan di bandar. Namun, hasrat murninya itu dihalang hebat oleh ibubapanya juga kekasih hatinya; Meon Jamloo. Dipendam rasa sedih di hati demi orang-orang tersayang. Tinggallah Limah Cengkih di kampong dengan mengisi aktiviti harian seperti menjahit, memasak dan mengemas rumah. 

*********
Suatu petang…..
Lokasi : Depan kolam ikan
Masa : Petang (selepas solat asar)
Mood: sayang menyayang cinta dikenang

Limah Cengkih : Abg On, ni limah ada buatkan makanan kegemaran abg. (dihulur
   bekas segiempat berwarna biru kepada kekasih hati)
Meon Jamloo   : ya ka? Wahhhhh megi goreng… mesti sedap ni.
Limah Cengkih : abg makan la.. next week Abg On jangan lupa pulangkan bekas 
                        Limah ni tau...
Meon Jamloo   : iya sayang.. Limah, boleh Abg On tanya?
Limah Cengkih : tanyalah.. (malu-malu)
Meon Jamloo   : Limah nak kawin dengan Abg On tak?
Limah Cengkih : mestilah nak… (gopoh)
Meon Jamloo   : (tersenyum)… tengkiu Limah..
Limah Cengkih : (mata kelip-kelip)…. Welkam… boleh Limah pulak tanya?
Meon Jamloo   : boleh boleh.. no problem.. untuk Limah, apa saja Abg On akan
                         jawab..
Limah Cengkih : OK.. kalau Limah jadi bulan…
Meon Jamloo   : (gopoh menjawab)… Abg On jadi pungguk akan setia tunggu Limah..
Limah Cengkih : suwetnya.. hmmm kalau Limah jadi sudu?
Meon Jamloo   : Abg On jadi garfunya..
Limah Cengkih : hahahaha…. Ok, kalau Limah jadi bunga?
Meon Jamloo   : semestinya la kumbang itu Abg On…
Limah Cengkih : Kalau Limah jadi kasut?
Meon Jamloo   : Abg On nak jadi stoking..
Limah Cengkih : busuk hikhikhik…
Meon Jamloo   : (ketawa)… Kalau Abg On jadi pokok?
Limah Cengkih : Limah akan jadi akarnya..

Bla bla bla…..
Bla bla bla…

Burung-burung pulang kesarang,
Kanak-kanak berlari pulang,
Ayam itik dah masuk reban,
Meon dan Limah tak putus-putus berbalas soalan..

masing-masing ingin membuktikan cinta sejati..
sebelum berpisah sempat berjanji sehidup semati..
berharap ada lagi minggu hadapan untuk bertemu kembali.. 

p/s: jalan cerita adalah rekaan semata-mata yang bertujuan untuk hiburan dan tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. enjoy ",

Thursday 20 October 2011

Bila penyelia selalu busy siri 2..


.... flashback ....

Alang-alang dah naik tingkat 4 (walaupun guna lif)
Saja jenguk2 pejabat dekan dengan harapan dapat jumpa s/u nya
“Kalau di bilik bawah xda, mesti kat pejabat atas ni ada”.. cuba pujuk hati sendiri =)
Tindakan yang sama di lakukan

 ketuk pintu
 bagi salam
 pulas tombol

-
-
-
APA YANG BERLAKU???
-
-
-
-
doa dalam hati " ya Allah, permudahkan segala urusanku.. pertemukan aku dengan penyeliaku walaupun sejekap "..
perlahan2 tombol pintu dipulas..
ketat, huhhhhhhhhhh.... kunci..
dengan ketinggian yang ada aku intai melalui ruangan kaca yang ada pada pintu...
sah.. memang keadaan bilik menunjukkan tanda2 tidak berpenghuni..
sedih..
hanya senyuman tawar mampu dilemparkan..
sabar...
langkah demi langkah di atur menuju kedalam lif..
button turun ditekan... aras 1
-
-
-
-
dalam lif ...... otak ligat menyusun langkah kaki selepas ini..
"ting".. aras 3 
lif berhenti seseorang masuk
"ting".. aras 2
sekali lagi lif berhenti...
pintu terbuka...
aku memandang lantai menundukkan pandangan..
tidak mahu sesiapa dapat mengesan riak-riak kekecewaan pada wajah..
sunyi....
masing-masing menunggu untuk sampai ke aras 1
-
-
-
-
"ting" aras 1
pintu terbuka...
memandang sekeliling...
Masyaallah... penyelia disebelah..
kenapa aku tidak sedar tadi?
hati kembali berbunga..
Alhamdulillah. doa dikabulkan...
perjumpaan yang sekejap digunakan untuk progress tesis seterusnya...
-
-
-
BUT,
" tak puas hati sebab jumpa sekejap ja  "
hmmm itu lah penyelia saya... selalu sibuk.. 

- buat ja yang terbaik untuk report tesis - ",

Sunday 16 October 2011

Wajah sebenar kaki yang berkasut


sanggup ke nak pakai kasut ni?

          

tapi yang ni.. nampak cool


Saturday 15 October 2011

Status hari ini


Hari : sabtu
Tarikh : 15hb okt 2011
Lokasi : meja study
Aktiviti : assignment 2 "regional of monsoon asia"
Mood : cuba untuk rajin
Peratusan mood : rajin 50% malas 50%
-
-
-
-
-
-
-
Peneman setia : - mineral water & biskut Jacob



Friday 14 October 2011

Bila penyelia selalu busy..

Masyaallah,

Banyak dugaan yang perlu aku tempuh di saat-saat akhir pengajian ni.. tesis, assignment, kajian tindakan semua nak disettle dan disubmit minggu ke 10 (25/11/2011)..
Citer sal wartawan pulak, tiap2 minggu nak kna submit tugasan.. bila xda isu, citer sal ‘semut mati’ pun aku buat.. mujur la sem ni clas ari slasa rabu kamis ja.. dapat la gunakan hari2 yang free tu untuk tugasan yang bertimbun2..
Tapi hari yang free pun nak kena ke kampus. Mana taknya nak jumpa penyelia a.k.a supervisor untuk progress tesis..
Tapi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Slalu ja pergi beliau xda..
Diketuk pintu..
Di beri salam “assalamualaikum“ dengan harapan ada sahutan “waalaikumusalam, masuk“
Di pulas tombol pintu dengan harapan pintu tak berkunci dan dapat dikuak pintu tuk menonjolkan kepala menjenguk ke dalam bilik
Hampa.. terkunci..
Semangat 101% yang digalas dari rumah jadi 50%..
Hampa..
Then cuba dipujuk hati.. xpa next time ade lagi.. esok, lusa, tulat..
Percubaan utk hari esoknya
Huhhhhhh masih jugak sama..
Begitu lah hari2 yang seterusnya..
Detik pada hati “ susahnya dapat penyelia seorang DEKAN “

-
-
-
Doa ku semoga di permudahkan segala urusan..
Usaha, redha, tawakal, dan berdikari..
Mungkin itu jalan yang terbaik..
-
-
-
-
Tadi……
Naik tingkat 4 di fakulti untuk hantar assignment monsoon asia & beli buku
(status settle)
-
-
-
Alang-alang dah naik tingkat 4 (walaupun guna lif)
Saja jenguk2 pejabat dekan dengan harapan dapat jumpa s/u nya
“Kalau di bilik bawah xda, mesti kat pejabat atas ni ada”.. cuba pujuk hati sendiri =)
Tindakan yang sama di lakukan

1 ketuk pintu
2 bagi salam
3 pulas tombol

-
-
-
APA YANG BERLAKU???

-      TO BE CONTINUED -