Wednesday, 28 November 2012

dia lelaki tua yang buta...




dia... 
lelaki tua..
dia... 
lelaki buta..

dia...
lelaki tua yang buta..
duduk bersila di kaki lima..
bukan duduk saja-saja..
tapi...
memohon sumbangan seringgit dua..

dia..
lelaki tua yang buta...
duduk bersila di kaki lima...
bertemankan kotak kayu berisi tisu dan minyak angin cuma...

dia..
lelaki tua yang buta...
berpakaian lusuh, berkopiah putih usang di kepala...
alas kakinya cuma selipar jepun yang hampir putus talinya....

dia...
lelaki tua yang buta...
cuma manusia biasa..
tapi hebat orangnya...
tiupan seruling dibibirnya tidak sumbang di dengar dek telinga...

dia...
lelaki tua yang buta...
mengharapkan bantuan kita yang celik lagi bergaya...



ehsan GOOGLE

* kongsi kekayaan untuk insan yang memerlukan... bukan jumlah nilai sumbangan yang berharga tapi keikhlasan kita.. terasa sukar untuk menghulurkan wang kertas? mustahil jika tiada wang syiling waima 1 sen cuma... juga tiada? Semoga kita ringan tangan dan mulut untuk memanjatkan doa pada-NYA supaya dimurahkan rezeki kepada setiap hamba-hamba-NYA..

Thursday, 1 November 2012