Sunday 10 June 2012

taip D'keyboard edisi bumper

Masa

Masa cepat berlalu. Pantas berdetik tanpa mahu menunggu aku walau sesaat. Hari-hari yang dilalui ditempuhi dengan penuh semangat walau kekadang ada halangan dan kejutan yang tidak di duga. Alhamdulillah, itu semua kehendak-Nya. Siapa aku untuk menghalang aturan yang telah dicipta oleh-Nya. Anugerah yang diberi aku terima dengan penuh kesyukuran. Tidak kurang juga aku terus diuji dengan pelbagai ujian. Moga iman terus kukuh untuk aku terus mengharunginya. 

Kekangan masa membuat aku akur akan lumrah putaran alam. Siang berganti malam. Malam beralih siang. Tetap pada aturan yang sama. Alhamdulillah. Matahari masih terbit di Timur dan terbenam di Barat. Bila siang masih diterangi cahaya, malam pula gelap gelita. Cuma kedengaran sang cengkerik menyanyi riang, kekadang sang kodok membunyikan drum namun tiada deraian hujan. Hari berganti hari, aku mulai rasa betapa ber²emas²nya masa dan semestinya perlu dihargai tanpa diabaikan. Setiap hari tanpa jemu aku berharap moga ada lagi hari esok dan hari-hari akan datang untuk aku lalui.

Abah

Ketukan jari di keyboard mulai perlahan, bukan alamat ketandusan kata-kata tapi… terasa sebak didada, nafas seakan tiada. Sang anak masih merintih dihati berdoa dan berdoa agar kesihatan ayahanda tercinta baik seperti sediakala. Dia, aku panggil abah.. garang dan tegas prinsipnya tak kurang senang untuk berbicara, kekadang gurauan penuh makna. Selesa jika betul-betul mengenalinya. Usia menjangkau 60 tahun membuatkan pesara tentera ini tak secergas dulu. Kini, abah sering sakit, luka di kaki kiri masih belum sembuh. Hanya bergantung pada ubat gamat emas dan healin. Puas kami adik beradik pujuk untuk ke hospital, tapi kecewa. Ajakan dan pelawaan ditolak sahaja dengan memberi harapan kepada kami, …²xpa, biar lah dulu, nanti lah dulu..² kami hampir putus asa. Hanya berdoa agar Allah permudahkan segalanya. Kesian mak, juga seperti kami puas memujuk. Tapi keputusan tetap sama. Ternyata abah juga degil dan takut ubat seperti aku. Teringatkan abah hati pasti sayu, menangis aku sendiri, berharap abah pasti akan sembuh nanti.

Sabar

Kehidupan yang dilalui mengajar aku erti sebuah kesabaran. Sabar menanti sesuatu yang pasti (mungkin). Masih sabar menanti agar ada perkongsian gembira untuk ku lakarkan disini. Apa?... sabarlah.. kerna aku juga sedang sabar menanti. Tiada apa yang nak dicoretkan terlalu banyak kerna aku takut untuk berbicara sesuatu yang belum pasti.

Jibam

Jibam tidak pernah menyesali nasib. Jibam juga tidak pernah mempersoalkan takdir. Biar sepanjang hayat akan disulam air mata darah, namun sekalipun  Jibam tidak akan pernah menyesal kerana dia adalah wira di medan derita. Cuma kadangkala kehadiran Jibam mengganggu dan mengetuk pintu kerohanian. Membawa bahasa-bahasa Tuhan untuk mereka yang lalai daripada tafsir harfiah kitab-kitab suci. Maka pertempuran nafsu menjadi bertambah sengit hingga mengorbankan Suman si sufi yang tersembunyi. Namun siapa jua yang kasih kepada Jibam akan menemui rahsianya.. kerna Jibam bersuara di dalam asyiknya - Kalau kau menjadi aku, aku pasti kau mengerti.. (sinopsis novel Jibam karya Ujang).

Ni lah novel pertama yang aku baca seawal di bangku sekolah rendah. Novel tu aku peroleh di library sekolah semasa dalam proses menyiapkan NILAM. Namun, bahasa penulisannya sebenarnya amat tidak sesuai, agak kasar. Tapi bagi aku, cara penulisan yang jujur sebegitu sebenarnya memperlihatkan realiti dan hakikat sebuah kehiduapan yang cuba digarap dan dihasilkan oleh penulis agar kita sebagai pembaca merasai dan menjiwai cerita melalui setiap susunan perkataan tersebut. Hakikatnya perkataan itulah yang sering bermain di mulut sang manusia. Walaupun sudah berpuluh-puluh kali aku baca novel ini, aku tidak akan merasa puas kerna apa yang disampaikan penulis amat memberi kesan. Jibam cerita lumrah sebuah kehidupan. 


kanan Jibam yang diphotostat 
kiri Jibam yang original


-sebulan menyepi tanpa entri, harap ini bukan yang terakhir.. kekangan masa dengan aktiviti harian membataskan penulis ke sini..moga diberi kekuatan untuk menulis lagi-

4 comments:

  1. agak lama menyepi juga...kancil baru dua minggu dah resah...belum lagi kamu yang lebih nie...hehehe...apapun selamat kembali berblog

    ReplyDelete
  2. tq kancil sudi jengah sini.. aktiviti harian dan kekangan masa menghalang saya untuk kerap ke sini (banyak entri di draf terbengkalai tak dapat disiapkan).. cuti sekolah dipenuhi dengan aktiviti bersama pelajar..

    mood: terasa zalim kerana terpaksa mencuri sedikit masa untuk berblogwalking =/

    ReplyDelete
  3. saya baru bertandang sini.. nice entri.. selamat berblog kembali yaa...

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan gen2merah.. terima kasih ats luangan masa ke sini..

    ReplyDelete