Monday 27 February 2012

Sebiji epal


sumber gambar : google

Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.

Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir.

“Kenapa aku tidak dipetik orang. Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi kenapa aku masih tidak  dipetik orang?”

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan. Kenapa manusia memilih rakan-rakannya yang berada di bawah sana? Bukankah mereka tidak mendapat angin yang paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan serangga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang. Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak tertanggung lagi. Lalu pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia yang bertuah itu. Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun dating mengambilnya. Buah-buah yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang. Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira menjadi risau. Daripada risau menjadi sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan…. Akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak.

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik. Ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah sifat malu. Apabila hilang sifat malu, hancurlah maruahnya.

Artikel dipetik daripada  majalah mastika.. moga beroleh pengajaran daripadanya.


Friday 10 February 2012

PILIHAN KITA


Orang yang berjaya tidak mencipta ALASAN, itu ilmu yang paling berharga kepada penulis dalam meniti alam kedewasaan dan melayari kapal kehidupan. Ianya bermula semasa penulis menghadiri sebuah sidang ilmu semasa di kampus dahulu, para panelnya hebat-hebat belaka.

Penulis akui dan persekitaran juga mempengaruhi apabila diamati  manusia memberi alasan sebaik sahaja berhadapan dengan cabaran dan dugaan. Sebenarnya, untuk mencapai kejayaan dalam apa sahaja perkara, kita hendaklah berani untuk menempuhi cabaran, rintangan dan risiko yang berada di hadapan. Bukannya, kaku dengan memberi berjuta-juta helah serta alasan. 

Teringat penulis kepada sebuah ungkapan yang begitu mencabar penulis semasa sidang ilmu itu, kata salah seorang panel “kalau anda semua hendak berjaya, mudah sahaja! Iaitu tak perlu lagi nak mencipta alasan. Guna akal dan fikiran anda untuk mencari cara untuk mengatasi masalah bukan untuk mencipta alasan’’.

Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua.


sumber gambar : google


pilihan kita?
nak GAGAL ciptalah beribu-ribu ALASAN
nak KEJAYAAN mulakan TINDAKAN


Wednesday 8 February 2012

tapi...

kita sering membenarkan pada yang kadang-kadang TAPI hakikatnya kita sering terlepas pandang pada yang jarang-jarang...


........


kadang-kadang kita menanti sebuah harapan
tapi jarang-jarang kita dapat menikmati sebuah impian
kadang-kadang kita sering terlupa
tapi jarang-jarang kita diingatkan
kadang-kadang kita rasa kita mempunyai kekuatan
tapi jarang-jarang kita perbaiki kelemahan kita
kadang-kadang kita menyesal atas perbuatan kita
tapi jarang-jarang kita mengaku kesilapan kita
kadang-kadang kita rasa rendah diri
tapi jarang-jarang kita menundukkan diri
kadang-kadang kita rasa kita sudah bersedia
tapi jarang-jarang kita melakukannya
kadang-kadang kita menyalahkan takdir
tapi jarang-jarang kita bersyukur dengan ketentuan ilahi
kadang-kadang kita rasa semua yang kita lakukan itu betul
tapi jarang-jarang kita buat perkara yang betul
kadang-kadang kita bangga pada diri
tapi jarang-jarang kita melihat pada diri sendiri
kadang-kadang kita merindui
tapi jarang-jarang kita menghargai
kadang-kadang kita menyalahkan diri sendiri
tapi jarang-jarang kita memperbetulkan diri
kadang-kadang kita rasa dibenci
tapi jarang-jarang kita menyukai
kadang-kadang kita mengharapkan pertolongan
tapi jarang-jarang kita menghulurkan bantuan


"kadang-kadang" apa yang sedang kalian fikirkan?

Monday 6 February 2012

kalau nak tahu...


 jika ingin tahu watak sebenar seseorang...
lihatlah dia sewaktu dia sangat marah


jika ingin melihat keadilan mindanya dan kebaikkan pola pemikirannya...
lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya



jika ingin melihat kehebatan akhlaknya...
lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca dan membencinya

resipi

Recipe for success

Study while others are sleeping..
Work while others are loafing..
Prepare while others are playing..
And dream while others are wishing..
Success seems to be connected with action..
Successful people keep moving..
They make mistakes, but they don’t quit..
Remember..
If u don’t ask, the answer is always no..
If u don’t step forward, you’re always in the same place..



sumber gambar : google

Sunday 5 February 2012

salam maulidur rasul



Sesungguhnya telah ada pada diri Rasullullah s.a.w itu 
suri teladan yang baik untuk kita contohi dan teladani 
iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah