Friday, 11 January 2013

.. walau apa pun ..


mereka berlari..
menuju ke satu destinasi..
yang di sana pasti ada rezeki..
mereka tak kira walau sisa makanan saja yang berbaki...
kerana mereka tak peduli..

mereka bertempiran lari..
nak cepat, takut rugi..
menyerah nasib dan berlari sekuat hati..
walau apa pun yang akan dapat nanti..
akan pasti diterima dengan rela hati..

kasihan mereka itu berlari-lari..
berebut-rebut lagi..
tak guna angka giliran macam kita disini..
kasihan mereka rupanya masih kanak-kanak lagi..
belajar mendapatkan rezeki sendiri...
walau apa pun yang dapat tetap mereka terima tanpa tolak ketepi...

mereka berlari..
jatuh bangun lagi..
dan terus berlari..

mereka berlari-lari..
demi merebut gandum roti dan segala jenis rezeki..
mereka berlari..
menuju ke destinasi rezeki..
untuk mengisi perut yang sentiasa menangisi minta diisi..


nota : tatkala kita bermewah dengan segala macam makanan ingatlah ada insan yang masih "berkais-kais" mencari makanan, bila tangan kita ringan untuk mencampakkan sisa makanan ingatlah ada insan yang sanggup menyelongkar tong-tong untuk mendapatkan sedikit makanan..kongsi rezeki yang ada kepada yang tak berupaya moga allah memurahkan rezeki kita..

No comments:

Post a Comment