Otak ku tepu..
Tak tahu yang mana
nak di buat dulu..
Langkah ku sebenarnya
layu walaupun nampak laju…
Kaku ku disitu…
Ku fikir ada lagi
yang dulu ku tinggal tangguh disitu..
Bukan ku tak mahu
hadap dan hadam satu persatu…
Makin banyak
ditambah satu demi satu..
Ya….. Mindaku beku..
Tak mahu fikir
dulu..
Yang aku tahu….
Aku nak balik hari
Sabtu..
Membelah awan biru…
Yang aku mahu…
Ke pusara ayahanda
dulu..
Yang aku mahu..
Jumpa keluarga ku
dulu..
Yang aku nak
bagitahu…
Sebenarnya aku
rindu mak aku..
Nak makan kari
ayam febret ku….
Kerja-kerja ku??
Akan ku buat setakat
mampu…
Makin ku hadap…
Terasa nak muntah
biru
No comments:
Post a Comment