Sunday, 13 November 2011

BFTS

Salam…

Kali ini saya akan sambung berkenaan entri yang lepas iaitu “pesanan kepada adik-adik”.. tapi entri kali ini lebih berfokus kepada cara mudah untuk mengingat. Fomula cukup mudah, BFTS (baca + faham + tulis + sebut). Melalui pengalaman lampau (masa sekolah dulu) saya mengaplikasikan formula ni untuk subjek2 yang memerlukan penghafalan untuk mengingat sesuatu fakta, hasilnya Alhamdulillah dan masih mengaplikasinya di alam universiti.. namun semua ini bergantung kepada individu itu sendiri.. apa yang penting cipta suasana pembelajaran anda sendiri, dan jadikan pembelajaran itu sesuatu yang menyeronokan..

Beralih kepada formula BFTS itu tadi, apa yang saya lakukan untuk mengingat sesuatu fakta ialah dengan membaca secara keseluruhan topik tersebut.. tandakan isi penting.. kemudian cuba faham apa yang ingin disampaikan.. kalau tak faham jugak, baca sekali lagi.. ingat! Suasana persekitaran turut mempengaruhi tahap kefahaman pembacaan anda. Oleh itu cari masa yang sesuai, tempat yang tenang dan persekitaran yang teratur untuk memperoleh tahap “kefokusan” yang maksimum.

Kemudian, setelah anda faham apa yang dibaca itu tadi beralih kepada langkah seterusnya iaitu menulis kembali apa yang anda baca.. ingat untuk menulis kembali ada caranya iaitu tulis mengikut kefahaman BUKAN tulis semula ayat demi ayat. Seterusnya cuba mininumkan perkataan yakni menggunakan “short form” atau singkatan perkataan dan lukisan (ilustrasi). Keluarkan isi-isi penting sahaja, bentuk penulisan pula sama ada dalam bentuk carta, peta minda, jadual dll (gunakan pen yang pelbagai warna).

Seterusnya, anda perlu melakukan pembacaan yang kedua iaitu dengan menyebut atau membaca kembali apa yang anda tulis tadi (carta,peta minda,jadual dll)..

 



PASTIKAN ANDA BETUL-BETUL FAHAM SEBELUM MELAKUKAN PENTERJEMAHAN SEMULA DALAM BENTUK PETA MINDA DLL & LAKUKAN SEMAKAN DENGAN TEKS ASAL UNTUK SEBARANG PEMBETULAN

Ringkasan:

Baca = tandakan/gariskan/hightlight isi penting

Faham = aktifkan minda untuk memahami apa yang ingin disampaikan dalam teks / duduk dalam suasana pembelajaran yang kondusif

Tulis = terjemahan semula apa yang difahami/keluarkan isi penting/bina carta, peta minda, jadual dll menggunakan gambar/short form dan pen yang berlainan warna

Sebut = sebut / baca kembali hasil daripada ringkasan teks (carta, peta minda, jadual dll)



 STUDY HARD or STUDY SMART?? 

semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada kalian.. good luck!

No comments:

Post a Comment