Wednesday, 9 November 2011

Pesanan kepada adik-adik

Salam ukhuwah dan rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan salam aidiladha.. semoga kalian dalam rahmat dan lindungan illahi, Allah SWT. 

Entri kali ni, saya nak kongsi tips kepada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM & STPM, semoga apa yang ingin dikongsikan ini dapat sedikit sebanyak membantu kalian. 

     1) Baca, faham, tulis, sebut (akan dijelaskan dengan lebih terperinci pada entri 
         akan datang)
     2) Kongsi ilmu kepada rakan-rakan lain (insyaallah kalian akan lebih memahami 
         apa yang dipelajari, jgn KEDEKUT)
     3) Teruskan study group (manfaatkan masa yang ada dengan melakukan 
         perbincangan terhadap latihan-latihan atau tajuk-tajuk yang sukar difahami)
     4) Lakukan latihan dalam bentuk topikal seteruanya soalan exam tahun-tahun 
         lepas
     5) Jika anda masih lagi meneruskan study group, lantik dalam kalangan rakan-
         rakan anda sebagai "guru muda". Tugasnya mudah, iaitu memberi penjelasan 
         terhadap sub-sub tajuk yang tidak difahami.
     6) Belajar secara berterusan yakni tetapkan masa ikut kesesuaian diri sendiri 
         (walaupun masa yang anda tetapkan dalam sehari itu hanya 1-2 jam pastikan 
         pada masa tersebut anda betul-betul fokus dan "MASTER" tajuk tersebut") 
     7) Sentiasa dalam keadaan berwuduk, mulakan dengan bismillah dan doa 
         penerang hati serta selawat keatas nabi. Mulakan study.
     8) TOPUP SOLAT  + DOUBLE SPECIAL AMALAN  = solat wajib 5 waktu + solat 
         hajat + solat taubat + doa + zikir + mengaji al quran + bacaan yasin setiap 
         malam
     9) Sentiasa bersedia (alat tulis termasuk jangka lukis, jangka sudut, 
         kalkulator dll jika perlu, ic, dan slip exam)
    10) ALERT DENGAN JADUAL EXAM
    11) Mintak restu ilmu daripada guru-guru dan ibu bapa
    
INGAT! 
TIADA SESIAPA YANG AKAN MENGUBAH DIRI ANDA KECUALI ANDA SENDIRI.. 

selamat menduduki peperiksaan!


No comments:

Post a Comment