Saturday 29 October 2011

Bauan wangi rangsang otak

salam...


Entri kali ni saya nak kongsi dengan kalian semua tentang tips belajar. Salah satunya adalah dengan menggunakan wangian. Pelik? tidak KERANA  menggunakan bau-bauan yang wangi mampu untuk merangsang kedua-dua belah otak. Bau-bauan wangi juga dapat merangsang serta meningkatkan daya ingatan ketika belajar. Tak percaya cuba ubah gaya pembelajaran anda, lihat bagaimana keadaannya jika anda memakai wangian semasa belajar dan buat perbandingan semasa anda tidak memakai wangian. Nah lihatlah buktinya, dalam suasana persekitaran yang busuk, hanyir, atau sebarang bau yang TIDAK MENYENANGKAN, mampukah anda belajar dan fokus dengan sesuatu pekerjaan dengan baik? setuju? 


Hatta, perkara ini bukan sahaja boleh dilakukan oleh individu yang bergelar pelajar malah pada sesiapa sahaja yang ingin fokus dalam sesuatu perkara misalnya pekerja yang bekerja di 'opis', penulis, malah sesiapa sahaja. Bau-bauan wangian bukan sahaja diperoleh daripada "perfume" malah udara yang bersih dan segar juga membawa wangian daripada tumbuh-tumbuhan.


tips lain, bukalah tingkap supaya udara segar mengalir masuk ke dalam bilik anda letakkan wangi-wangian di hadapan pengaliran udara pendingin hawa. Insyaallah, anda akan lebih segar, bersemangat, fokus dan dapat merangsang minda.. 


nota : semoga eksperimen anda berjaya! tips ini diperoleh hasil daripada pembacaan saya di dalam sebuah buku karya Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah "Petua Pelajar Cemerlang". Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada semua.

Tuesday 25 October 2011

Seronoknya belajar

salam...

Sedikit perkongsian ilmu untuk kalian dan diharap entri kali ini dapat membuka mata dan hati pembaca sekalian.Melihat kepada tajuk entri kali ni " seronoknya belajar " mungkin sedikit sebanyak telah membuka lembaran memori kalian tatkala di bangku sekolah dahulu, atau mungkin di alam kampus yang penuh dengan "life-life yang tersendiri"..


Seronoknya belajar? kenapa tajuk ini dipilih? jawapannya sangat mudah.. sebab saya merasakan belajar itu seronok. Menimba ilmu baru, dan belajar daripada kesilapan. Berpenat lelah menyiapkan tugasan, berlumba-lumba mencari buku-buku di library, menyiapkan nota, nota ringkas dan bersengkang mata menyiapkan tugasan.. Menarik bukan? dan yang pasti mengujakan bila dah submit assignment! wahhhhh.... lega yang teramat-amat lega. Apatah lagi bila tengok result exam semuanya A's. Berbaloi tak?

Apa seronoknya belajar? memenatkan apatah lagi membosankan? Mungkin ini yang akan dikatakan oleh sesiapa saja yang "mungkin" tidak suka belajar. Tapi hakikat yang sebenarnya sejak dari lahir hinggalah kita mati kita sebenarnya masih belajar. Belajar bukan bermakna berada di bilik darjah mahupun dewan kuliah sambil mendengar pengajaran guru dan pensyarah. Lumrahnya, kehidupan juga mengajar kita untuk belajar. Belajar sesuatu yang baru daripada pengalaman orang lain atau dari sesuatu situasi yang berlaku. Unik.. So setuju tak jika saya cakap kehidupan adalah proses belajar setiap insan.

Kalian juga mesti pernah alami situasi macam saya. Apa? Nah, ingat lagi tak? Kalian juga pernah menconteng buku nota tatkala bosan, mengusik rakan bila jemu, berborak sakan dan bersembang riang bila ketiadaan guru. Betul bukan? so thats normal la..

Entri ini tidak akan berakhir di sini, ada lagi perkongsian yang ingin saya kongsikan bersama kalian. Saya tinggalkan kalian bersama-sama kenangan belajar waktu dulu untuk diingat kembali. Senyuman dan tangisan itu hanya kalian yang tahu =)

Monday 24 October 2011

Kisah Cinta Meon & Limah

Meon, jejaka kampong yang rajin bercucuk tanam. Diusahakan tanah milik ibubapanya dengan pelbagai hasil tanaman. Semua tanaman yang diusahakan menjadi. Lebih daripada cukup untuk kegunaan dapur keluarganya. Hasil tanaman yang lebih dijual kepada penduduk halamannya ; Kampong Durian Tak Berduri. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, hasil tanamannya menjadi-jadi. Meon mampu tersenyum riang apabila hasil jualan dan tabungan meningkat. “Dapatlah aku pinang Limah nanti”, bisik Meon sendirian. Dalam angan-angan terbayang wajah pujaan hati Limah Cengkih.

*********
Limah, seorang gadis pingitan dari “kampong Pokok Langsat Tak Berbuah” ; anak tunggal Pak Jacob dan Mak Merry. Gadis kampong ni pandai memasak. Pernah terdetik dihatinya untuk mencari pekerjaan di restoran mahupun kedai makan di bandar. Namun, hasrat murninya itu dihalang hebat oleh ibubapanya juga kekasih hatinya; Meon Jamloo. Dipendam rasa sedih di hati demi orang-orang tersayang. Tinggallah Limah Cengkih di kampong dengan mengisi aktiviti harian seperti menjahit, memasak dan mengemas rumah. 

*********
Suatu petang…..
Lokasi : Depan kolam ikan
Masa : Petang (selepas solat asar)
Mood: sayang menyayang cinta dikenang

Limah Cengkih : Abg On, ni limah ada buatkan makanan kegemaran abg. (dihulur
   bekas segiempat berwarna biru kepada kekasih hati)
Meon Jamloo   : ya ka? Wahhhhh megi goreng… mesti sedap ni.
Limah Cengkih : abg makan la.. next week Abg On jangan lupa pulangkan bekas 
                        Limah ni tau...
Meon Jamloo   : iya sayang.. Limah, boleh Abg On tanya?
Limah Cengkih : tanyalah.. (malu-malu)
Meon Jamloo   : Limah nak kawin dengan Abg On tak?
Limah Cengkih : mestilah nak… (gopoh)
Meon Jamloo   : (tersenyum)… tengkiu Limah..
Limah Cengkih : (mata kelip-kelip)…. Welkam… boleh Limah pulak tanya?
Meon Jamloo   : boleh boleh.. no problem.. untuk Limah, apa saja Abg On akan
                         jawab..
Limah Cengkih : OK.. kalau Limah jadi bulan…
Meon Jamloo   : (gopoh menjawab)… Abg On jadi pungguk akan setia tunggu Limah..
Limah Cengkih : suwetnya.. hmmm kalau Limah jadi sudu?
Meon Jamloo   : Abg On jadi garfunya..
Limah Cengkih : hahahaha…. Ok, kalau Limah jadi bunga?
Meon Jamloo   : semestinya la kumbang itu Abg On…
Limah Cengkih : Kalau Limah jadi kasut?
Meon Jamloo   : Abg On nak jadi stoking..
Limah Cengkih : busuk hikhikhik…
Meon Jamloo   : (ketawa)… Kalau Abg On jadi pokok?
Limah Cengkih : Limah akan jadi akarnya..

Bla bla bla…..
Bla bla bla…

Burung-burung pulang kesarang,
Kanak-kanak berlari pulang,
Ayam itik dah masuk reban,
Meon dan Limah tak putus-putus berbalas soalan..

masing-masing ingin membuktikan cinta sejati..
sebelum berpisah sempat berjanji sehidup semati..
berharap ada lagi minggu hadapan untuk bertemu kembali.. 

p/s: jalan cerita adalah rekaan semata-mata yang bertujuan untuk hiburan dan tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.. enjoy ",

Thursday 20 October 2011

Bila penyelia selalu busy siri 2..


.... flashback ....

Alang-alang dah naik tingkat 4 (walaupun guna lif)
Saja jenguk2 pejabat dekan dengan harapan dapat jumpa s/u nya
“Kalau di bilik bawah xda, mesti kat pejabat atas ni ada”.. cuba pujuk hati sendiri =)
Tindakan yang sama di lakukan

 ketuk pintu
 bagi salam
 pulas tombol

-
-
-
APA YANG BERLAKU???
-
-
-
-
doa dalam hati " ya Allah, permudahkan segala urusanku.. pertemukan aku dengan penyeliaku walaupun sejekap "..
perlahan2 tombol pintu dipulas..
ketat, huhhhhhhhhhh.... kunci..
dengan ketinggian yang ada aku intai melalui ruangan kaca yang ada pada pintu...
sah.. memang keadaan bilik menunjukkan tanda2 tidak berpenghuni..
sedih..
hanya senyuman tawar mampu dilemparkan..
sabar...
langkah demi langkah di atur menuju kedalam lif..
button turun ditekan... aras 1
-
-
-
-
dalam lif ...... otak ligat menyusun langkah kaki selepas ini..
"ting".. aras 3 
lif berhenti seseorang masuk
"ting".. aras 2
sekali lagi lif berhenti...
pintu terbuka...
aku memandang lantai menundukkan pandangan..
tidak mahu sesiapa dapat mengesan riak-riak kekecewaan pada wajah..
sunyi....
masing-masing menunggu untuk sampai ke aras 1
-
-
-
-
"ting" aras 1
pintu terbuka...
memandang sekeliling...
Masyaallah... penyelia disebelah..
kenapa aku tidak sedar tadi?
hati kembali berbunga..
Alhamdulillah. doa dikabulkan...
perjumpaan yang sekejap digunakan untuk progress tesis seterusnya...
-
-
-
BUT,
" tak puas hati sebab jumpa sekejap ja  "
hmmm itu lah penyelia saya... selalu sibuk.. 

- buat ja yang terbaik untuk report tesis - ",

Sunday 16 October 2011

Wajah sebenar kaki yang berkasut


sanggup ke nak pakai kasut ni?

          

tapi yang ni.. nampak cool


Saturday 15 October 2011

Status hari ini


Hari : sabtu
Tarikh : 15hb okt 2011
Lokasi : meja study
Aktiviti : assignment 2 "regional of monsoon asia"
Mood : cuba untuk rajin
Peratusan mood : rajin 50% malas 50%
-
-
-
-
-
-
-
Peneman setia : - mineral water & biskut Jacob



Friday 14 October 2011

Bila penyelia selalu busy..

Masyaallah,

Banyak dugaan yang perlu aku tempuh di saat-saat akhir pengajian ni.. tesis, assignment, kajian tindakan semua nak disettle dan disubmit minggu ke 10 (25/11/2011)..
Citer sal wartawan pulak, tiap2 minggu nak kna submit tugasan.. bila xda isu, citer sal ‘semut mati’ pun aku buat.. mujur la sem ni clas ari slasa rabu kamis ja.. dapat la gunakan hari2 yang free tu untuk tugasan yang bertimbun2..
Tapi hari yang free pun nak kena ke kampus. Mana taknya nak jumpa penyelia a.k.a supervisor untuk progress tesis..
Tapi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Slalu ja pergi beliau xda..
Diketuk pintu..
Di beri salam “assalamualaikum“ dengan harapan ada sahutan “waalaikumusalam, masuk“
Di pulas tombol pintu dengan harapan pintu tak berkunci dan dapat dikuak pintu tuk menonjolkan kepala menjenguk ke dalam bilik
Hampa.. terkunci..
Semangat 101% yang digalas dari rumah jadi 50%..
Hampa..
Then cuba dipujuk hati.. xpa next time ade lagi.. esok, lusa, tulat..
Percubaan utk hari esoknya
Huhhhhhh masih jugak sama..
Begitu lah hari2 yang seterusnya..
Detik pada hati “ susahnya dapat penyelia seorang DEKAN “

-
-
-
Doa ku semoga di permudahkan segala urusan..
Usaha, redha, tawakal, dan berdikari..
Mungkin itu jalan yang terbaik..
-
-
-
-
Tadi……
Naik tingkat 4 di fakulti untuk hantar assignment monsoon asia & beli buku
(status settle)
-
-
-
Alang-alang dah naik tingkat 4 (walaupun guna lif)
Saja jenguk2 pejabat dekan dengan harapan dapat jumpa s/u nya
“Kalau di bilik bawah xda, mesti kat pejabat atas ni ada”.. cuba pujuk hati sendiri =)
Tindakan yang sama di lakukan

1 ketuk pintu
2 bagi salam
3 pulas tombol

-
-
-
APA YANG BERLAKU???

-      TO BE CONTINUED -

Monday 10 October 2011

Guna jari pun boleh

Doktor gigi kaki lima a.k.a dentist jalanan


BERBAHAYA...‘doktor’ gigi warga China tidak mengamalkan ciri-ciri keselamatan ketika menjalankan proses rawatan.
BERBAHAYA...‘doktor’ gigi warga China tidak mengamalkan ciri-ciri keselamatan
ketika menjalankan proses rawatan.

KUALA LUMPUR: Kerana yuran perkhidmatan yang murah, segelintir pengguna masih sanggup menggadaikan nyawa dengan mendapatkan rawatan pergigian daripada ‘doktor gigi’ tidak bertauliah di kaki lima Jalan Pasar Pudu, di sini. Doktor gigi yang dipercayai berasal dari China itu memulakan perkhidmatan pergigiannya di kaki lima kawasan itu setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 3 petang. Mereka menawarkan perkhidmatan memasang gigi palsu dengan harga lebih murah daripada klinik swasta iaitu RM50 hingga RM80 satu gigi dan tempoh pemasangannya mengambil masa 20 minit.

Biarpun tidak tahu berbahasa Melayu, doktor terbabit mengupah jurubahasa yang bertindak sebagai pengantara untuk memaklumkan semua harga perkhidmatan.



Tinjauan Metroplus ke Jalan Pasar Pudu, baru-baru ini, mendapati empat doktor gigi warga China membuka klinik kaki lima di kawasan itu.


Berbekalkan peralatan pergigian, air, kerusi, carta dan sampel gigi palsu, mereka membuka klinik di tengah laluan itu tanpa memikirkan aspek keselamatan dan kebersihan.

Namun, masih ada segelintir pengunjung menggunakan perkhidmatan itu, biarpun tiada ciri-ciri keselamatan diamalkan.

Malah, doktor kaki lima terbabit mendakwa peralatan yang digunakan bersih dan selamat kerana semuanya sudah dicuci dengan ubat yang boleh membunuh kuman tanpa mensterilkan peralatan terlebih dulu.

Menurutnya, yuran perkhidmatan bergantung kepada jenis gigi yang digunakan, namun ia tahan sehingga tiga tahun, malah pelanggan boleh mendapat diskaun.

Katanya, pelanggan tidak perlu risau kerana doktor yang merawat sangat terlatih, berkemahiran dan pasti berpuas hati dengan perkhidmatan diterima.

“Sudah lima tahun kami menawarkan perkhidmatan pergigian di kaki lima ini dan sambutan amat menggalakkan. Pengguna tidak perlu risau kerana semuanya pasti selamat, prosedur yang dijalankan sama di klinik swasta dan lebih penting yurannya murah,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki yang mendapatkan khidmat doktor kaki lima terbabit yang mahu dikenali sebagai Liow, 45, berkata dia takut untuk mencuba, tetapi selepas diyakini, dia mencubanya juga kerana perkhidmatan ditawarkan murah dan cepat.

“Saya tahu mengenai doktor kaki lima ini melalui rakan yang pernah mendapat rawatan di sini dan mereka mencadangkan tempat ini kepada saya. Biarpun tidak mengamalkan ciri keselamatan dan kebersihan, kami tutup mata saja, asalkan perkhidmatannya murah dan bersesuaian dengan kami yang berpendapatan rendah,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr Haja Badrudeen Sirajudeen, mengingatkan pengguna supaya tidak menggadaikan nyawa dengan mendapatkan perkhidmatan doktor gigi tidak bertauliah kerana ia berisiko untuk berlakunya pemindahan virus penyakit seperti Aids dan hepatitis.

Katanya, dengan penggunaan alat yang tidak disterilkan dan kebersihan lain, tidak mustahil virus akan berpindah, terutama apabila berlaku pendarahan ketika melakukan rawatan.

“Kebanyakan doktor tidak bertauliah terbabit menggunakan kaedah rawatan berbeza mengikut panduan perubatan pergigian yang dibenarkan. Jika membuat rawatan tanam gigi, mereka akan gunakan gam atau simen yang memberi kesan kepada pengguna dan selepas beberapa tahun, ia akan bernanah dan berisiko untuk mendapat barah,” katanya ketika ditemui.

Menurut Dr Haja Badrudeen, mengikut Akta Pergigian 1971, pengamal perubatan pergigian yang berdaftar dengan persatuan dan mempunyai sijil tauliah yang sah saja boleh memberikan perkhidmatan.

Bagi doktor dari luar negara, mereka perlu mempunyai sijil tauliah yang diiktiraf kerajaan Malaysia.

Katanya, doktor luar negara hanya dibenarkan bertugas di hospital kerajaan dan ia belum dilaksanakan di sektor swasta.

“Biarpun yuran perkhidmatannya lebih murah, di klinik yang diiktiraf kerajaan mereka mendapat perkhidmatan yang lebih baik dan selesa,” katanya.



sumber : harian metro Isnin, 10/10/2011 



Sunday 9 October 2011

Indahnya Hidup Tanpa Zina


Mengurus hati 

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

Tapi, mengapa kita terlalu sibuk untuk memikirkannya?

Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkan, hinggalah sampai kepada satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti terjebak dalam “couple”. Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan, masih terbentang jauh.

“hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk. Tiga di dunia dan tiga di akhirat. Didunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur. Sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina akan menyebabkan pelakunya di azab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka” – hadis riwayat Baihaki

sumber :( Exco Pembangunan Latihan & Sahsiah, Jawatan Mahasiswa Kolej, Kolej Aminuddin Baki, UPSI )