Assalamualaikum wbth, selamat pagi dan semoga kehadiran hari ini memberi kebahagiaan dan ketenangan buat kalian. Tersentak dengan teguran seorang sahabat yang menyatakan aku malas untuk menulis begitu memberi kesan terhadap hatiku. Tiada kata yang mampu dikatakan kecuali mendengar, kerana terasa lemah dan tak berdaya nak menerangkan. Aku akui aku bukan seorang penulis yang suka menulis, tp hatiku sentiasa berkata-kata walaupun sukar untuk aku lahirkan pada perkataan.
Hampir seminggu aku di sini, di ladang ilmu yang sentiasa membuahkan hasil dan hanya perlu dipetik jika mahu. Begitu banyak pengalaman, kenangan, dugaan dan cabaran yang aku lalui dalam tempoh seminggu ini. Wah! hidup ini penuh dengan warna-warni. Pengalaman yang dikutip diharap dapat mematangkan diri aku sendiri, kenangan yang terukir akan aku ingat sampai mati, dugaan yang datang tidak sekali-kali melemahkan aku dan cabaran yang mendatang akan aku lalui.
Teringat aku pada kata-kata daripada seorang sahabat yang pada aku sungguh unik dan sukar untuk aku ramal, katanya aku seorang yang negatif suka fikir benda yang bukan-bukan.. Terasa diri ini sungguh lemah. Tak layak untuk menerima cabaran. Apa yang pasti kamu masih belum mengenali siapa sebenarnya aku.. Dia jugalah yang meninggalkan beribu-ribu persoalan dalam minda yang aku tak pasti dapat dirungkaikan atau tidak. huh....
Entry tanpa tajuk ni aku tulis bukan sekadar luahan tapi ingin membuktikan pada "dia" aku memang mahu terus menulis.
gambar daripada pak cik google |
No comments:
Post a Comment