Saturday, 3 March 2012

Jawapan untuk persoalan itu..

Assalamualaikum,
Sama-samalah kita renung dan hayati kisah di bawah.

Seorang pemuda bertanyakan soalan kepada seorang tua yang alim. Seraya lelaki tua yang alim itu menjawab, “akan ku jawab persoalan mu itu sedaya yang aku mampu”..

Si pemuda mengambil peluang untuk merungkai persoalan yang selama ini amat meresahkannya. Kusut kepalanya memikirkan hal tersebut. Tanya si pemuda dengan lantang..

“ Kalau benar Allah itu ada, tunjukkan padaku.... ”
“ Apa itu takdir....”
“ Kenapa syaitan di masukkan ke dalam neraka? Sedangkan syaitan dijadikan dari api.. Bukankah neraka itu dijadikan daripada api? Sudah tentu tidak meyakitkan syaitan jika ia di campakkan di sana.. unsurnya sama!  Tidakkah Allah berfikir tentang hal itu? ”

“ PAPPPP.....” lalu lelaki tua menampar si pemuda itu..

Si pemuda terpinga-pinga, lantas bertanya “ Kenapa kau menampar aku? Marahkah kau padaku? ”  

“ Bukan aku marah kepadamu tetapi itulah jawapan untuk soalan-soalanmu tadi..” jawab lelaki tua yang alim itu.

Pemuda itu masih keliru, tidak tahu apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh lelaki tua itu..

“ Wahai pemuda, apa yang kau rasa selepas aku menamparmu? ”

“ Sakit.... ” jawabnya ringkas sambil mengusap-usap pipinya.

Lantas lelaki tua yang alim itu bertanya, “ Kau percaya sakit itu ada? ”

“ Ya.. ” jawab si pemuda.

“ Jika benar kau percaya sakit itu ada, tunjukkan padaku ”, pinta si tua.

“ Tidak aku mampu. Tidak boleh aku tunjukkan padamu”,  akur si pemuda.

“ Maka, wahai orang muda itulah jawapan soalanmu tadi. Kita mampu rasakan kewujudan Allah namun tidak boleh melihatNya”.  

Terdiam pemuda itu.

Bertanya lagi lelaki tua kepada pemuda itu, “Adakah semalam ada kau bermimpi aku akan menamparmu?”

“ Tidak... ” jawabnya

“ Adakah tadi kau terfikir aku akan menamparmu? ” tanya si tua lagi.

“ Tidak... ” kata si pemuda.

“ Maka, itulah takdir. Ketentuan yang kita sendiri tidak tahu bila, apa yang akan berlaku pada diri kita.” jelas lelaki tua yang alim itu.

Si pemuda terdiam lagi. Tidak membantah.

“ Cuba lihat tanganku yang menampar pipi mu tadi, apa unsurnya? ” tanya lelaki tua yang alim itu lalu menghulurkan telapak tangannya minta dilihat.

“ Daging yang di selaputi kulit ” jawab pemuda itu.

“ Nah, rasakan pula pipimu ini. ” pinta lelaki tua itu sambil meletakkan telapak tangan pemuda itu kepipi yang di tampar tadi.

“ Tidakkah pipimu itu juga merupakan daging yang di selaputi kulit ? ” kata lelaki tua kepada pemuda itu.

“ Ya.. benar pipiku juga seperti telapak tanganmu. Daging yang diselaputi kulit.”

“ Bagaimana rasanya tamparan aku tadi”, tanya lelaki tua itu lagi.

“ Sakit... lalu pedih ”, jawab pemuda itu jujur.

“ Maka, terjawablah soalan terakhirmu tadi. Walaupun unsurnya sama, bila Allah mengkehendakinya maka terasa juga kesakitannya. Begitu juga tentang syaitan dan api neraka. Jika Allah mengkehendaki tempat itu menyakitkan maka sakitlah ia. Allah menyatakan Kun fa ya kun. Jadi, maka jadilah ia”.

No comments:

Post a Comment