BEIJING: Seorang wanita China berusia 95 tahun yang
disangka sudah mati mengejutkan jirannya apabila dia bangun semula enam hari
selepas dia dimasukkan ke dalam keranda. Li Xiufeng ditemui
tidak bergerak dan tidak bernafas oleh seorang jiran dua minggu selepas dia
jatuh dan mengalami kecederaan di kepala di kediamannya di Beiliu, wilayah
Guangxi. Apabila jiran yang menemuinya itu tidak dapat menyedarkan wanita itu,
mereka menyangka dia sudah meninggal dunia.
Dia diletakkan di dalam keranda tanpa dikunci yang disimpan di kediamannya mengikut tradisi Cina, menanti saudara-mara dan teman rapat untuk memberi penghormatan terakhir. Namun, sehari sebelum pengebumian, jiran mendapati keranda itu kosong dan kemudiannya menjumpai wanita itu memasak di dapur.
Seorang jiran, Chen Qingwang, 60, yang mula-mula menemui Xiufeng berkata: “Dia tidak bangun, jadi saya datang untuk membangunkannya.
“Walau betapa kuat saya menggerakkan tubuh dan memanggil namanya, dia tidak memberi sebarang reaksi. “Saya dapat rasakan ada yang tak kena, jadi saya periksa nafasnya dan mendapati dia sudah tiada, tetapi tubuhnya ketika itu tidak sejuk. Disebabkan Xiufeng tinggal bersendirian, Qingwang dan anak lelakinya membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya.
Pada hari upacara
pengebumiannya, anak lelaki Qingwang tiba di rumah Xiufeng dan mendapati
mayatnya sudah hilang sebelum menemui dia sedang memasak. Wanita itu dilapor
memberitahu penduduk kampung: “Saya tidur begitu lama. Selepas bangun, saya
terasa begitu lapar dan mahu memasak sesuatu.
“Saya tolak penutup keranda itu. Saya mengambil masa begitu lama untuk berbuat demikian sebelum dapat keluar dari keranda itu.” - DM
sumber : harian metro online
memetik kembali ucapan nenek kepada penduduk kampung , “Saya tidur begitu lama. Selepas bangun, saya terasa begitu lapar dan mahu memasak sesuatu. "
Ajal lom sampai lagi..
ReplyDeletecite betul ke nie? seram je.
ReplyDeleteamirFX: setuju.. ajal xsampai lagi
ReplyDeletezuk zuhaiza: ini bukan cobaan.. ini betul betul... huhuhu..
waallahua'lam(sumber dipetik drpd harian metro online)